Friday, December 23, 2011

perbaiki diri,dan ajaklah orang lain

 Assalamualaikum…..
Baru2 ni,ada sorg sahibah saya bangkitkan satu persoalan…

“ As a senior,what should we do to recreate ‘biah solehah’ at MATRI?”

Msg ni disuruhnya forward….saya tolng la forward msg ni jgk….lps saya forward,maka byk la org reply balik ke saya..saya ckp,’reply pd_______’…walau apa pun,saya appreciate la jwpn2 tu…

Dan ini adalah antara jwpnnya…
·        - Buat artikel peringatan setiap minggu pastu tampal kat setiap kelas.InsyaAllah,Allah akan tolong kpd siapa yg mnolong agamaNya.
·     -    Stiap bulan buat pgrm dgn adk2..cnth:- bln1-f1 n f5,bln2-f2 n f5.
·     -    Buat game halaqah VS halaqah.
·       -  Adakan kempen jaga kebersihan or senyum:-1 @ 2 minggu skali.
·       -  Lps ni semua ckp ana anti-kalau ramai2 ckp,x la malu sgt.
·       -  F5 perlu dbaiki dahulu.
·       -  Pgrm batch skurang2nya 2x.
·       -  Kalau f5 masih still asshobiah n masih dgn pkara2 lagha,cmana nak wujudkan ‘biah solehah’ ?
·       -  Mula dgn diri msg2..ubah diri kita mjadi seorg yg lebih serius bkerja..yg lebih matang,yg lbih baik…kita kakak2 yg kena tunjukkn qudwah hasanah pd adik2..bkn kita yg protes peraturn MATRI,yg buat bising time role-call,bgelak sakan kat musolla/kelas,buka kedai kopi kat mana2 saja…buat samseng,rasa diri dah cukup besaq,pling tua…Bukan semua tu !!!!sbb apa?? bla kita buat smua tu,keadaan tu la sbnarnya yg merosakkan ‘biah solehah’ d MATRI….UBAHLAH DIRI KITA !!! aslih nafsak,wad’u ghayrak….Hassan Al-Hudhaibi mgatakn ‘’tegakkan ISLAM dalam dirimu,nescaya akan tertegaklah Islam di sekeliling kamu ‘’

Akhir sekali,di sini saya ingin myeru kpd semua sahibah2 yg saya kasihi, ‘perbaikilah diri kamu,dan ajaklah org lain’….kalau kita buat pgrm byk2 pun,tp dlm diri kita zero tarbiyah,apa yg kita nk smpaikn pd adik2 nanti ???....


Di sini ingin saya petik kata2 seorg senior    ‘jadi baik itu mesti,tp bkn SEMPURNA’..

Moga kita disegani kerana akhlak kita,bukan kerana kepetahan berbicara semata2….
Let us think about it…………

Thursday, December 22, 2011

Challenges...

Dear Allah,I don’t know of all challenges my beloved friends are facing

but YOU know everything.

I hear their silence,YOU hear their plead.

I see they laughing,YOU see their tears.

I see when they give,YOU see what has been taken from them.

I see their appearance,YOU see the scars in their heart.

I experience their faith,YOU know their doubts.

O Allah! Please give them everything they need.

Bless them aboundantly for all the times to come.

Thank you Allah for everything!!!!









Tuesday, November 29, 2011

Camar Kelukaan-Saff-One.mp4



kenangan kita smua...nanti,kalau salah seorang dari kita patah sayap atau terluka sayapnya,jom sama2 kita tlg rawat ya...jgn biarkn dia...walau dgn sgala kterbatasn,kita cari juga pnawarnya,ok???supaya dia mampu terbang semula,ke langit tinggi,mgapai cita2..bersama2....jgn biarkan dia terbang mlayang bersendirian,kerana dia tidak akn mampu hidup bsendirian...jgn tinggalkn dia mcari arah jalan pulangnya bersendirian,kerana dia mgkn tsilap langkah,tersesat jalan...kalau kita bantu dia bersama,kita sama2 boleh tunjukkan dia jalan yg lurus,jln yg btul,macam yg radar tunjukkan...kita lah yg kena jadi radar kpd dia,pnunjuk jln kpd dia...bkan org lain...not anyone else!!!!

Wednesday, November 23, 2011

sekolah

wah , segarnya  pagi nie!! eh , pagi tadi .. Assalammualaikum buat saudara dan saudari yang sudi melawat ..


 Adakah anda-anda sihat belaka?? kalau sihat Alhamdulillah x sihat pun Alhamdulillah sebab masih lagi diberi kesempatan untuk melihat , memegang mahupun menggerakkan tangan kita ..

hari ini saya nak sharing tentang sekolahku ..

ala , kan baru cuti .. nanti-nantilah cakap pasal sekolah ..

sikit-sikit pasal sekolah , xdek topik lain ke??

actually banyak lagi idea yang bleh disalurkan ... tapi saya rasa post yang nie lebih baik . and I want to share it!!

orang kalau dengar tentang sekolah , of course bosan ,boring dan blurr..tapikan .. di hati orang yang bekerja *yang saya telah survey dalam kalangan family and friends... semua ingin kembali pada zaman persekolahan.. sampaikan ada lagu khas buat sekolah tau..

and again , terdetik di hati saya.. mengapa kita yang sedang belajar tak nak kan zaman persekolahan ?? tell me why~~??

bosanlah belajar ..

then , korang nak keje??

opk0z, dapat duit sendiri ..

hargailah akal yang Allah berikan kepada kalian .. berfikiran jauhlah .. adakah dengan duit tu kita dapat bersenang lenang sedemikian rupa tanpa adanya ilmu di jiwa??
kalau nak mintak saya sediakan listkan apa yang perlu dalam kewangan , meh I tunjukkan ..


  • kena bayar bil elektrik
  • yuran untuk apa2
  • sewa-sewi kereta rumah dan sebagainya
  • beli keperluan rumah dan diri 
  • sedeqah jariah
  • bagi mak ayah duit
  • muka buku dan isi-isinya
  • dll



sebenarnya banyak lagi tapi xnak la tunjuk banyak sangat .. kang xnak kerja pulak .. anyway , hargailah masa persekolahan anda .. di mana masa itulah anda menimba sebanyak-banyak ilmu . mencari kawan. mengenal Tuhan .. hurm .. banyak sebenarnya .. mari kita lihat sedikit makanan rohani kita yang important ..



Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a. ﻋﻨﻬﻤﺎ اﷲ رﺿﻲ beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.
lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan 
apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. 
Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu. 

salam ukhwah dari kami~!

salah dan silap dari yang sedang menekan-nekan ni.. ambil yang baik , ambil pengajaran yang buruk ya !!

KAhwIn...dah mudah sekarang ni...

Mencari Jodoh?

Assalamualakum wbt semua...
Masyallah, Alhamdulillah, semakin ramai insan-insan yang baik ingin menikmati cinta selepas akad, bukan sebelum akad.

Ada yang mempunyai pilihan hati sendiri. Kemudian, mengkhabarkan hasrat hati atau menyunting si dia dengan perantaraan insan-insan yang baik di sekelilingnya. Silakan.
Ada yang lebih hebat, berjumpa terus dengan ibubapa si dia. Silakan.
Anda semua memilih jalan yang terjaga. Tahniah!
Ada kemenangan yang layak dijadikan kenangan indah dalam cinta anda.
Kesucian itu akan mewarnai cinta anda di alam rumah tangga hingga ke syurga, amin. Nikmatilah:)

 Persoalannya, berapa ramai orang yang sanggup menjadi 'orang tengah'? Kasihan kepada sesiapa yang belum mempunyai pilihan... Semakin ramai insan yang sanggup menjadi orang tengah yang baik, insyallah semakin popularlah jalan mencari jodoh melalui orang tengah. Mudah-mudahan, insya-Allah, semakin ramailah orang yang akan selamat daripada jalan-jalan syubhah (meragukan).

Anda sudah setiap hari berdoa?
Anda sudah cuba-cuba merisik?
Anda tetap juga belum mempunyai calon?
Allah mengira setiap patah doa yang dipanjatkan. Allah menghitung setiap titis air mata yang dialirkan. Allah lah sebaik-baik Kekasih yang paling memahami. 
Alhamdulillah, ada satu berita gembira ni. :)

Berita gembira ini istimewa buat mereka yang sudah bersedia mahu berkahwin khususnya muslimah. Muslimah yang masih belajar tu, saya nasihatkan belajar dulu sampai habis bagi meraikan hasrat keluarga...

"Berita apa? Tak sabar dah ni..."

Ada seorang Imam di salah sebuah masjid universiti tempatan memberitahu saya, beliau didatangi oleh ramai pelajar lelaki dari dalam dan luar negara yang minta dicarikan jodoh untuk mereka. Malangnya, beliau tidak begitu mengenali akhawat yang sedang mencari jodoh.

Jadi, jika anda ingin berusaha dengan cara ini pula, maka bolehlah menghubungi saya melalui email:
fs_loveislam@yahoo.com.

Prosesnya mudah.
1. Istikharah dan musyawarah untuk TAARUF.
2. Jika yakin, saya dan suami akan mempertemukan anda atau memberi nombor contact Imam masjid tersebut.
3. Bawa pengiring dan berjumpa dengan imam itu. Bincangkan ciri-ciri pemuda yang anda impikan. Insya-Allah imam itu akan mencadangkan nama seseorang.
4.Perjumpaan seterusnya ialah Majlis Taaruf dengan si dia bertemankan Imam dan pengiring anda.
5. Istikharah dan musyawarah untuk KHITBAH (bertunang). Jika dimantapkan hati rasa ada keserasian, maka teruskan KHITBAH. Jika hati tidak berkenan, maka anda ada hak untuk berkata, "Tidak."
6.7.8....Proses seterusnya anda lebih arif.

Moga makluman ini sedikit sebanyak dapat membantu mencapai impian anda membina MASJID dengan jalan yang terpelihara. Semuanya dengan izin Allah SWT jua.




p/s..diambil dari blog kak fatimah syarha...sebarkanbahagia.blogspot.com





Sunday, November 13, 2011

Hati dan Akal Berbicara Cinta


Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?   
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?       
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...


Monday, June 6, 2011

LANGKAH TERCIPTA-UNIC




teruskn perjuangan!!!!
jgn bhenti di tgh jalan..
khas buat klian
pemain2 bola jaring sek..
Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah...

Today!!!!

Assalamualaikum

hari ni,pemain bola jaring akn btanding bmula jam 8.30 pagi..
perlawanan pertama...PERLIS vs KEDAH..
.ya Allah mudahknlah urusan mereka...bantulah mereka..
mereka dlm jln mbantu agamaMu,maka bantulah mereka..
tiada yg mudah melainkn dari Engkau....
Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla,wa anta taj'al husna in syi'ta sahla...
rabbi yassir wa la tu'assir.....
ya Allah,berikanlah yg tbaik buat kami..
ttapi andai Engkau mtakdirkan utk kami
kekalahan adalah yg tbaik,maka kami Redha ya Allah...
perkenankanlah,ya Allah....amin ya Rabb....
ini perjuangn kalian..
jgn bhenti di tgh jln..
bjuanglah sehingga ke akhirnya..
walau emah dtgh..
di hujungnya pasti kekuatn dtg mgamit..
percayalah....

     

Friday, June 3, 2011

#6 EwwW

perbaikilah bahasa kita..

doakan mereka

Assalamualaikum

hari ini pemain2 bola jaring sekolah a.k.a pemain negeri telah kembali ke sekolah bagi menjalani latihan...hari ini juga insyaAllah akan diadakan latihan sekali lagi bersama pemain2 veteren/guru2 Matri dan mk ck2 Perlis..terima kasih kepada kalian semua kerana sudi berlatih dengan kami..terima kasih..sesuatu yang amat janggal apabila pelajar puteri matri mewakili perlis...ini kerana,mewakili sekolah jarang2 sekali,inikan pula mewakili negeri.tanpa pertandingan saringan,kerajaan negeri terus menghantar matri sebagai wakil negeri perlis bagi sukan sekolah2 agama semenanjung malaysia(kesuma)...ini bermula apabila sebelah pihak pelajar putera menjuarai permainan bola tampar dan juga hoki,maka bola jaring juga turut dihantar.apabila mereka meletakkan kepercayaan ke atas kita,maka lakukan yang terbaik...boleh ya kawan2...pemain sekolah terdiri daripada 10 orang...4 org ting5,5 org ting4, seorg ting3...mereka akan bertanding di UUM pada 6-9 jun ini...kawan2 yang di rumah,marilah sama2 kita mdoakan kejayaan pasukan matri terutamanya bola jaring..kepada sesiapa yang mampu,lakukanlah solat hajat..sebelum solat isya'...bolehyaaa......terima kasih diatas kerjasama yg diberikan...semoga Allah mengira amaln kalian sebagai amalan soleh...amiin..


                       

Wednesday, June 1, 2011

teruskan perjuangan mereka!!!!



lagu ini mengingatkan kita pada perjuangan Allahyarham dato' mudir Ustaz Dahlan Ahmad Zain...
dan kerana peluh dan lelah beliau dan sahabat2 memacak tiang,membangun musolla,dapt lagi kita mengutip mutiara2 yg ada di lubuk tarbiyah ini....di sini...di ats MUSOLLA tua ini....

Monday, May 2, 2011

Mana nilaimu???WANITA!!!!

                  





Dimanakah cantiknya seorang wanita...

Mungkinkah pada sepasang matanya yang jelita menggoda

Atau...mungkinkah pada bibir mulusnya yang sering menguntum
senyuman manis

Atau....mungkinkah pada nilai tawanya yang mengusik jiwa

Atau....mungkinkah pada suaranya yang lemah lembut mengada
bernada menggoda

Atau....mungkinkah pada gerak-gerinya yang bijak menarik perhatian

Atau....mungkinkah pada pakainnya yang cantik bergaya

Atau....mungkinkah pada hatinya
Yang sentiasa luhur dan ikhlas
Yang sentiasa rindu pada Tuhannya
Yang sentiasa baik akhlaknya
Ya! kini ku temui jawapannya

Indahnya serta cantiknya seorang wanita bukanlah hanya pada luaran tetapi keindahan itu terletak pada hati dan akhlaknya.Ingatlah! sahibahku sekalian kecantikan seorang wanita bermula dari hatinya yang bersih dan suci..


Kecantikan wanita 
 tidak akan beerti
          tanpa akhlak dan perilaku

          yang MULIA


PERHATIAN!!!!

Kepada semua...dharapkan agar anda dpt mgunakan shoutmix box dgn sbaiknya...jika anda ign bsembang dgn rakan anda bkenaan dirinya atau dirimu,sila online yahoo mssgr...ini kerana,kami(pihak pgurusan blog) tidak mahu sbrang aktiviti yg tidak mbawa manfaat kpd alam jagat bleluasa di laman blog ini..diharapkan agar semua pembaca dpt mberikan kerjasama yg tbaik...terima kasih...semoga Allah mredhai usaha kita ke arah kebaikan..ameennn....                                                          (pihak pgurusan blog)

Saturday, March 19, 2011

Sharing is caring..



                   




Dua hal yg sgt utama
1.Iman kpd Allah
2.Memberi manfaat kpd sesama Muslim
"Manusia yg plg dicintai Allah adalah manusia yg pling bmanfaat bg org lain.Amal yg plg utama adalah mnyenangkn hati org Mukmin dgn cara mhilangkn klaparan dan ksusahan atau mlunasi hutangnya.Ada dua pkara yg sgt kotor dan keji iaitu mnyekutukan Allah dan mnimbulkn kmudharatn bagi kaum Muslim"

Dua pencarian
-Barang siapa mcari ilmu,bererti dia sdg mcari syurga.
-Barang siapa mcari kmaksiatn ,bererti dia sdg mcari neraka.

Dua sikap
-Orang yg mulia tidak akn derhaka kpd Allah.
-Orang yg bijaksana tidak memilih dunia dgn mninggalkn akhirat.

Dua jenis tangisan
-Barang siapa b'buat dosa,sementara dia tertawa,maka kelak dia akn d'masukkn Allah ke neraka dlm keadaan menangis.
-Barang siapa yg taat kpd Allah,sementara dia mnangis sbb amat takut kpd Allah,maka kelak dia akn d'msukkn Allah ke syurga dgn pnuh kgmbiraan.

Dua jenis dosa
-Tidak dsebut sbgai dosa kecil apabila dosa tsebut dkerjakan terus-menerus.
-Tidak dsebut dosa bsar apabila dsertai dgn istighfar.

Dua keuntungan mjauhi yang haram
-Barang siapa mninggalkn yg haram,maka hatinya mjadi lmbut.
-Barang siapa mninggalkn yg haram,maka Allah akn mberinya sesuatu yg halal.

Empat sebab gelapnya hati
-Perut yg terlalu kenyang
-Berteman dgn org-org zalim
-Melupakan dosa yg pernah dlakukan                                                
-Panjang angan-angan

Empat tanda keImanan
-Taqwa
-Punyai rasa malu
-Selalu bsyukur                                                            
-Sabar

Empat amalan sulit dilaksanakn
-Memberi maaf ketika marah
-Bermurah hati ketika fakir
-Memelihara diri dari yg haram ketika bsendirian
-Mengatakn yg haq kpd org yg dsegani dan mharapkannya

Lima perkara ISTIMEWA
1-Allah tidak memberi ksmpatan bsyukur melainkn Dia tlah mnyediakn tambahan nikmat.
2-Allah tidak memberi ksmpatan utk bdoa melainkn Dia tlah mnyediakan pengabulan doa.
3-Allah tidak memberi ksmpatan b'istighfar melainkn Dia mnyediakn pintu keampunan.
4-Allah tidak memberikn ksmpatan utk b'taubat melainkn Dia mnyediakan penerimaan taubat.
5-Allah tidak memberi ksmpatan utk bersedekah melainkn Dia telah mnyediakn pintu penerimaan sedekah.

                                                                                 -perkongsian dari USTAZAH KHAIROL BADRIAH 





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...