Sunday, March 2, 2014

Reunion K18 Kelantan

Bismillahir Rahmanir Rahim


Alhamdulillah
Subhanallah
Allahuakbar!

Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah


Alhamdulillah, masih diizinkanNya untuk memanfaatkan blog batch ini. Hampir setahun ditinggal tak berusik. Masing2 sibuk. Tak sempat nak jenguk blog ni. Idea untuk berkongsi pun kurang.

Untuk entry kali ini, sekadar ingni berkongsi cerita bahagia K18. Apa tu? Jeng, jeng, jeng.. ^^

Pada 21 Februari yang lalu, Allah memberi peluang untuk warga K18 yang berjihad studi di Kelantan untuk bertemu seketika bagi melepaskan rindu. Sekejap cuma. Sekitar 6 jam gitu.

Planning untuk berjumpa telah dibuat sejak dari semester 1 lagi. Tapi disebabkan masing2 sibuk, ada hal itu dan ini, maka planning itu tertangguh hinggalah ke semester 2. Bila budak UM & UiTM free, budak KTD pula sibuk. Bila budak KTD free, budak UiTM ada program pula. Kadang2 tu, ada yang cuti pula. Macam-macam sungguh halangannya. Apap2pun, alhamdulillah, Allah izinkan jua.

Pada awalnya, hanya 6 atau 5 orang budak KTD yang confirm datang. Budak KPTM pula ada meeting. Agak kecewa juga tak dapat kumpul dan jumpa semua. Tapi, redhalah, Allah dah janji yang terbaik. :D

Namun, dengan izin Allah, kesemua dapat hadir kecuali 3 orang. Total yang belajar di Kelantan 14 orang, so, yang datang 11 orang semua. Alhamdulillah. Meriah sangat.



Kami berjanji untuk berjumpa di pusat bandar KB. Paling senang dan mudah. Selepas semua tiba & sampai, kami solat Zohor dulu di masjid bersebelahan dengan PSK. "PSK tu apa?" Kena tanya oghe Kelate ;) Selepas itu, kami lunch bersama-sama di ML Chicken Rice. Alhamdulillah, sedap. Sambil tunggu makanan yiba, sempat bersnap 2-3 gambar. Lepas snap gambar, terus update di Whatssup. Laju betul! Apalagi, warga K18 di tempat lain mula la menzahirkan rasa cemburu. :D Kalau saya pun jeles. Itula tandanya rindu!




Selesai makan, kami berhanti di center of KB untuk bergambar. Berlatar belakangkan Parkson yang besar gitu. (Sempat lagi?) Sempat saja. Lepas tu, kami bersiar-siar dalam Parkson. Ushar-ushar baju la. usharr2 makanan la. Dan ada juga yang sempat shopping. Perempuan kan. Tak lari dari shopping. 





Part yang paling mengharukan, beberapa individu telah buat surprise birthday khas buat Februari Girls. So touching. T.T Siap dengan hadiah lagi. Thanks very much semua! Love & like them so much. Kesemua hadiah dibeli semasa bershopping sakan. On the spot katakan.. 


Perjumpaan kami hari itu diakhiri dengan budak Februari Girls menghantar budak2 KTD ke bas untuk pulang ke asrama. Sebelum bas bergerak, sempat lagi snap gambar dari luar & dalam bas. Aduh, macam2 ragam sungguh! Itula warga K18 yang menceriakan hari :)



Maybe setakat ni dulu coretan ini. Maaf andai ayat kurang menarik. Kehilangan kata-kata. Hahhaa.. Lama tak bermadah kata. Yang penting, ukhuwah ini terus diredhaiNya.

InsyaAllah, 15 Mac ini ada Wacana PLM di KTD. Semua warga K18 dijemput hadir!
Dan, REUNION K18 akan usaha diadakan pada Mei nanti. Sama-sama kita doakan.

Rindu nak berkumpul balik semua K18. Rindu & sayang semua ^^

Lots of <3
Februari Girl.

Thursday, February 27, 2014

'ALIM MUJAHID: Muhasabah Sejenak.

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar.
Bismillahir Rahmanir Rahim.

Sudah lebih dari setahun warga K18 meninggalkan bumi wakafan MATRI. Dah hampir setahun mereka bergelar mahasiswi di IPTA dan juga IPTS. Ada yang mengmbil asasi, ada juga mengambil diploma, ada juga yang kini berada di kolej matrikulasi dan sudah pasti ada yang masih menetap di MATRI dan bergelar kakak Khassah. Tak kira apa jua bidang, di mana pun dicampakkan, apa yang penting, kita menjadi hambaNya dan melaksanakan tanggungjawab kita di muka bumi ini.

Sebagai refreshing kembali hakikat tanggungjawab sebagai mahasiswi, mari kita revise kembali nota HiMEGA tahun lepas tentang tajuk 'ALIM MUJAHID.

HiMEGA 2013 di UTeM

*****

Saya pernah disoal dengan soalan cepu mas oleh senior saya.
“ Kenapa kita kena masuk IPT?” Soalnya dengan nada yang memaksa neuron-neuron otak saya untuk tangkas bekerja. Berfikir! Kenapa?
Jawapannya?

Kemudian dia menjawab, “ Kerana IPT adalah medan dakwah!”
Medan dakwah? Ya. Maka, bagi menjadikan IPT medan dakwah, para penuntut IPT perlu menjadi ‘Alim Mujahid. Andai kita tidak memiliki ciri-ciri ‘Alim Mujahid, dakwah yang kita jalankan tidak menunjukkan hasil. Objek dakwah kita juga tidak terkesan dengan seruan dakwah kita. Dan tujuan dakwah itu dijalankan tidak akan tercapai. Dan bolehlah dikatakan bahawa kita bukanlah daie yang diinginkan oleh Islam.

Apa pula ‘Alim Mujahid?
‘Alim ialah orang yang pakar dalam sesuatu bidang dan menjadi pakar rujuk.
Mujahid pula ialah orang yang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.

Kenapa menjadi ‘Alim Mujahid?
Ya, untuk menjalankan dakwah di IPT. Tetapi ada satu perkara yang paling utama iaitu meraih MARDHOTILLAH!

Apakah pula ciri-ciri ‘Alim Mujahid?
Ciri-cirinya..

Pertama, memiliki AQIDAH yang sohih.

Apa itu AQIDAH? Aqidah ialah keyakinan dan kepercayaan. Sohih pula benar. Maka, kita perlu memiliki keyakinan dan kepercayaan yang benar. Apakah keyakinan dan kepercayaan yang benar? Sudah tentu keyakinan dan keperayaan yang benar kepada Rabb kita iaitu Allah SWT. Kita perlu yakin dan percaya akan KEESAANNYA, yakin dan percaya dengan ajaran-Nya. Mentaati perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Yakin dan percaya kepada 6 Rukun Iman. Kita juga harus yakin dan percaya bahawa sistem hidup yang sebenar adalah ISLAM.

Andai kita tidak memiliki aqidah yang sohih, bagaimana kita ingin melaksanakan dakwah? Cuba bayangkan. Seseorang menyeru orang kepada apa yang tidak diyakininya. Bukankah ianya sesuatu yang pelik dan lucu? Menyuruh orang lain melakukan apa yang tidak dilakukannya. Apakah wajar?
Di dalam buku ‘Apa Erti Saya Menganut Islam’ tulisan Fathi Yakan ada menyenaraikan beberapa ciri-ciri aqidah yang benar. Antaranya ialah, mengimani dan meyakini bahwa pencipta alam sejagat ini ialah Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan tidak memerlukan pertolongan orang lain. Saya mestilah mengimani dan meyakini bahawa Allah tidak mencipta alam ini tanpa tujuan atau untuk bermain-main sahaja. Dan terdapat banyak lagi ciri aqidah yang sohih.



Kedua, memiliki KEFAHAMAN yang jernih.

Apa itu kefahaman? Ideologi. Apa pula ideologi? Ideologi juga membawa maksud pemikiran. Di dunia ini ada pelbagai jenis pemikiran. Sekularisme, feminisme, komunisme dan banyak lagi. Di dalam agama Islam sendiri banyak aliran pemikiran yang cuba disampaikan kepada umum. Namun, tidak semua pemikiran-pemikiran adalah jernih dan benar. Jadi, memiliki pemikiran yang jernih itu wajib!
Bagaimana dapat kita menilai kekejernihan sesuatu pemikiran atau kefahaman?
Maka rujukan kita adalah al-Qur’an dan as-Sunnah. Andai sesebuah kefahaman itu bertentangan dengan al-Qur’an dan as-Sunnah, maka jelaslah kefahaman itu sesat dan memesongkan.
Pentingnya memiliki pemikiran serta kefahaman yang jelas kerana dalam menjalankan tugas dakwah, kita hendaklah menyeru manusia kepada kebenaran. Menyeru manusia untuk menaikkan syiar Islam. Andai tugas dakwah ini dijalankan di atas paksi kesesatan dan pemesongan, maka tugas dakwah itu juga salah kerana telah menjauhkan manusia dari Rabbnya.

Ketiga, mesti cemerlang dalam AKADEMIK.

Apakah peranan seorang mahasiswa di IPT? Apakah tanggungjawab utama seorang penuntut IPT? Sudah tentu menuntut ilmu, bukan? Maka bolehlah difahami bahawa menuntut ilmu merupakan ‘corebusiness’ seseorang mahasisiwa. Jadi, apabila tujuan utamanya ke IPT adalah menuntut ilmu, maka dia harus menumpukan seluruh perhatian dan fokusnya kepada ilmu atau lebih mudah, AKADEMIK.
Dalam konteks dakwah, para pendakwah digesa untuk memantapkan prestasi akademiknya. Kenapa? Kita tida mahu dengan alasan berdakwah, pelajaran diabaikan. Ini akan menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri. Umum akan melihat Islam itu memperkecilkan soal pelajaran, tidak mementingkan ilmu. Walhal, Islam amat menitik beratkan soal ilmu hingga wahyu yang pertama yang diturunkan adalah gesaan agar orang muslim menuntut ilmu, bacalah!

Meskipun menuntut ilmu adalah No. 1 dan menjadi keutamaan di IPT, harus diingat bahawa Tarbiyah bukanlah No. 2! Justeru, tarbiyah dan akademik hendaklah diimbangkan agar tiada yang diutamakan lebih dari yang lain. Maka, kita seharusnya FOKUS ketika berada di IPT. Fokus utama kita ialah mengejar ilmu dan bergiat dalam hal tarbiyah dan dakwah. Kita juga sewajibnya meletakkan target untuk cemerlang dalam kedua-dua aspek, AKADEMIK dan TARBIYAH.



Keempat, aktif berDAKWAH.

Apa itu berdakwah? Berdakwah adalah menyeru manusia kepada Allah. Mengingatkan manusia hakikat atau tujuan kita diciptakan. Berdakwah juga ialah ‘calling people where you are’, dimanakah kita? Kita diatas landasan Islam. Maka, kita ingin memanggil manusia ke landasan Islam juga. Kita juga memanggil manusia untuk bersama-sama menggapai redha-Nya, memasuki syurga-Nya. Ketahuilah, nikmat yang paling berharga adalah Allah sebagai Rabb kita. Justeru nikmat yang beharga itu hendaklah dikongsikan dengan manusia di sekeliling kita patah lagi dengan insan yang kita kasihi dan sayangi.

Kadang-kadang, timbul persoalan dalam diri kita, bagaimanakah caranya untuk kita berdakwah? Antara beberapa perkara yang boleh kita lakukan ialah dengan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki. Contoh, seandainya kita mahir melukis, kita berdakwah dengan manghasilkan komik islamik atau sebagainya. Jika kita mahir dalam menulis, kita salurkan dalam bentuk penulisan blog atau berkongsi status di FB. Andai kita dikenali sebagai insan yang mesra, maka kita boleh menjalinkan ikatan sosial yang lebih meluas dan sebarkan kebaikan kepada insan yang kita kenali.

Kita juga boleh berdakwah dalam konteks memberi contoh dan qudwah. Hakikatnya, dakwah yang paling berkesan adalah dengan menunjukkan qudwah yang baik. Qudwah juga merupakan modal utama seorang daie. Seandainya seseorang tidak melakukan apa yang diperkatakan, semestinya insan yang diserunya sukar menerima segala kata-katanya. Pepatah Inggeris ada menyebut, action speaks louder than words. Kita juga biasa mendengar satu kata-kata, ‘perbaikilah diri kamu dan serulah orang lain’. Begitu juga dengan kata-kata, ‘tegakkanlah Islam di dalam dirimu nescaya akan tertegaklah Islam disekelilingmu’. Ini jelas menunjukkan bahawa dakwah itu bermula dari diri kita.



Kelima, kerjaya sebagai WASILAH dakwah.

Meskipun kini kita berada dalam konteks seorang pelajar, namun kita harus meletakkan  mind setting bahawa apabila kita sudah bekerjaya kita akan menjadikan kerjaya kita sebagai ‘alat’ dalam projek dakwah kita. Dan seharusnya kita ingat bahawa kerjaya utama kita di muka bumi Allah ini ialah PENDAKWAH!



Buat teman-teman seperjuangan Khalifah 18, siapapun kita di MATRI dahulu, ingatlah kita adalah hamba Allah yang menggalas tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Kalimah ‘Khalifah’ dipilih sebagai nama batch kita kerana kita harus sedar akan hakikat bahawa kita adalah khalifah-Nya. Sematkanlah segala pesanan Murobbi kita. Jadilah duta Islam di mana saja kalian berada.
Semoga dengan perkongsian ini, sama-sama dapat kita meningkatkan diri dan menjadi lebih baik. Lupakan masa lalu yang pahit, binalah kehidupan baru yang lebih cemerlang.

Wallahu’alam. Wassalam.


Thursday, February 21, 2013

Sharing is Caring ^_^ ~ JDK2013


  Tibanya hari Sabtu nanti genaplah seminggu JDK 2013 melabuhkan tirainya. JDK ada 3 zon, Utara, Timur, dan Tengah.  Ada banyak modul yang disediakan untuk mendidik para pesertanya.
MODUL ANJAKAN PARADIGMA
  Dalam modul ini para peserta diberi pendedahan tentang reality masyarakat dan kesedaran agar menyedari peranan sebenar seorang remaja. Modul ini digubah sedikit pada tahun ini dengan menggunakan pendekatan yang agak santai tapi masih tarbawi. Teknik ini amat sesuai agar peserta mendapat input walaupun dalam keadaan santai. Ana rasa ramai yang mula tersentuh dengan modul ini dan ada yang mula menyedari peranan kita sebagai pemudi. Namun kesedaran tidak mencukupi seandainya tidak disertakan dengan tindakan. Justeru kita harus bertindak!!
MODUL KEMAHIRAN INSAN DAN PROFESIONAL
  Sebagai manusia yang juga digelar insan,pelbagai kemahiran yang perlu kita lengkapkan dalam diri kita. Dalam modul ini kami didedahkan dengan pengurusan acara di mana di dunia IPT nanti kita akan melaksanakan program dalam sesebuah persatuan. Modul ini memberi tip2 yang berguna buat para peserta meskipun ada segelintir yang sudah berpengalaman  dalam mengendalikan sesuatu program.
  Pengurusan masa juga penting agar tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita dapat dilaksanakan dengan baik. Urusan2 kita perlu dibahagikan kepada PENTING DAN SEGERA, KURANG PENTING TAPI SEGERA, KURANG SEGERA TAPI PENTING dan KURANG SEGERA DAN KURANG PENTING. Kerana itu kita perlu letakkan keutamaan dalam mengendalikan masa.
  Pengurusan diri seorang muslim terbahagi kepada akidah, ibadah dan akhlak. Sebagai muslim soalakidah wajib settle dan tidak dicampur adukkan dengan fahaman yang lain. Dari aspek ibadah kita kena faham segala yang dilakukan dengan ikhlas dan menepati syara’ dikira ibadah. Justeru apa2 pun yang dilakukan biarla menjadi ibadah. Dari sudut akhlak kita harus berakhlak dengan akhlak muslim dan menjauhi sifat mazmumah.
  Kemahiran pengucapan awam penting bagi seorang muslim. Muslim wajib melaksanakan dakwah, sebagai dai’e kemahiran ini penting untuk menyeru manusia kepadaNya. Alhamdulillah, setelah dilatih, terdapat mereka2 yang sememangnya punya potensi namun kurang yakin diri. Maka, gilaplah potensi yang ada dan binalah keyakinan diri.
MODUL  KEPIMPINAN KEMASYARAKATAN
  Para peserta telah didedahkan dengan kefahaman2 agama2 lain yang terdapat di Malaysia seperti Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Melalui modul ini peserta dibina keberanian untuk berdakwah kepada non-Muslim. Keinginan untuk berkawan dengan nonoMuslim diterap dan peserta juga diingatkan agar tidak menyisihkan mereka. Ayuh, sama2 kita melakukan kepada non-Muslim kerana mereka berhakuntuk mendapatakan hidayahNya.
  Dalam modul ini juga kami diberi pendedahan tentang pengurusan jenazah, Cara pemandian jenazah. Kafankan jenazah, dan pengebumian jenazah.
MODUL KECERGASAN DAN REKREASI
 Modul ini menekankan kepada para peserta pentingnya kecergasan bagi seseorang muslim. Hal ini juga kerana Allah lebih mengasihi mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah. Tubuh badan yang sihat juga merupakan  salah satu daripada 10 muwasafat tarbiyah.
 Kami juga didedahkan denagn teknik pemasangan khemah jenis A shape, memasak menggunakan lilin askar, ikhtiar hidup dalam hutan. Slot jungle trekking juga tidak ketinggalan! Bagi zon utara, Allah beri kelebihan untuk merasai pengalaman berflying fox! Alhamdulillah..
MODUL KTD
  Memberi pengenalan awal mengenai Kolej Teknologi Darulnaim. Pihak penganjur amat bijak mengolah modul agar lebih menarik dengan mengadakan slot ‘running to ktd’ di mana diadakan 5 checkpoint yang memerlukan para peserta menyelesaikan  5 game bagi mendapatkan ‘hint’ untuk menjawab kuiz ktd.
MODUL KHIDMAT MASYARAKAT
  Melatih kami untuk bersedia berkhidmat kepada masyarakat. Kami ditugaskan untuk melakukan aktiviti gotong-royong di dewan kampung, di surau dan di tanah perkuburan. Selepas itu, kami dibawa ke rumah orang2 kurang mampu untuk menziarahi mereka dan menghulur sedikit sumbangan. Kami juga didedahkan dengan Misi Kemanusiaan dan Misi Kerelawanan.
MODUL ASAS KEWANITAAN
  Ini merupakan modul khas buat yang bergelar wanita! Diajar jahitan2 asas seperti kia, jelujur, sembat dan sebagainya. Diadakan pertandingan memasak. Dan juga slot busana muslimah bagi menguji kefahaman peserta tentang penjagaan aurat wanita.apa yang oleh dan apa yang tidak boleh.

Sebenarnya banyak perkara yang ingin dikongsi dan dicoretkan. Namun masa tidak mengizinkan. Nasihat ana buat peserta2 JDK 2013 tidak kira dimana zon yang ada hadiri, praktikkan segala ilmu yang diperoleh kerana ilmu2 itu berguna bagi menempuh cabaran yang akan datang. Kelebihan yang Allah kurniakan di tempat2 masing2 bukanlah untuk dibangga2kan tetapi untuk dirasai kemanisan berukhuwah keranaNya dan agar kita merasa beruntung dipilih menyertai JDK2013!

Nota:  Maaf andai terdapat kekurangan dalam post kali ini. Ini post pertama ana dalam blog ini. Bahasa yang digunakan juga mungkin memeningkan dan pelik. Sudah lama tidak mengarang selepas habis SPM ^_^ Selamat Membaca dan Mengambil Pengajaran!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...