Thursday, December 30, 2010

Hidupkan Azam Yang Telah Tidur

"Jangan disesali segala yang berlaku.Jadikan semua itu sebagai pengajaran paling berguna.Apa yang telah berlaku sekarang segalanya telah ditentukan oleh Allah,"kata abah kepada adik Aidatul.
      " Benar kata abah kamu itu,Aidatul.Yang berlaku biarkan ia terus berlalu pergi.Utamakan yang sekarang.Aidatul jangan ulangi lagi kesilapan masa lalu.Sabda Rasulullah SAW,'Orang yang melalui satu jalan, kemudian dipatuk ular dan dia melalui jalan tersebut untuk kali keduanya dan kamudian dipatuk ular yang sama,maka dia adalah orang yang bodoh',"kata ibu pula dengan rasa kasih dan sayang terserlah di riak wajahnya.
      Papp!Tersedar adik dari lamunannya dek kerana terdengar bunyi pintu rumah dikuak.Pastinya abang sudah pulang.Fikir adik sambil ningkas bangun dari katil empuknya lalu melangkah turun ke bawah mendapatkan abang.Disebelah abang,adik melabuhkan pinggulnya.
     "Kenapa muka adik masam nencuka?"abang memulakan bicara.
     "Adik sedih dengan keputusan percubaan PMR yang adik dapat.Kawan-kawan adik semuanya dapat capai target yang mereka nak capai.Tapi adik cuma dapat 1A4B3C1D.Adik takut adik akan gagal dalam PMR nanti,"jawaban adik benar-benar mencerminkan kesedihan.
     "Tak mengapalah,dik.Abang faham situasi yang adik alami.Abang juga pernah mengalami semua ini.Tapi abang kuat dengan sabda Rasulullah SAW kepada Abu Bakar As-Siddiq dan telah pun dicatatkan di dalam Al-Quran dalam surah At-Taubah,ayat 40'...ketika itu dia(Muhammad) berkata kepada sahabatnya"Janganlah engkau bersedih,esungguhnya Allah besama kita".Masih ada peluang untuk adik perbaiki kesilapan yang telah adik lakukan demi menjana kejayaan dalam PMR nanti,'balas abang dengan penuh simpati.
      Abang Hakimi sebagai abang sulung,memang cukup simpati dengan apa yang adik lalui kini.Maklumlah,antara adik dan abang Hakimi memang cukup intim.Keputusan percubaan PMR adik sememengnya memeranjatkan semua orang.Apa tidaknya.Adik acapkali mendapat keputusan yang cemerlang di dalam kelasnya.Masakan boleh mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan percubaan pula.Hairan bin ajaib.Kita merancang Allah juga merancang.Kemudian Allahlah yang menentukan segala-galanya.Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.Kini,kawan-kawan adik sering mempersendakannya pula.
      "Hahaha...sebab kau belagak sangatlah kau dapat keputusan teruk.Hahaha...".Perlian mereka disulami dengan alunan tawa yang memecah kesunyian kelas.Kesedihan kembali menyelubungi adik.
      "Adik,'Sungguh ajaib dalam urusan Mukmin!Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang Mukmin.Sekiranya dia diberi dngan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur,maka kebaikan baginya dan sekiranya dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar,maka kebaikan baginya'(Riwayat Muslim),"ujar abang dengan panjang lebar pada suatu malam.Senyuman kembali terukir indah dibibir adik.Hati abang mula lega.
      Abang Hakimisememangnya benar-benar mengharapkan adik turut berjaya sepertinya dalam pelajaran dunia dan pelajaran akhirat juga.Pastinya abang ingikan adik mengikut jejak langkahnya yang kini belajar di menara gading.
     Abang,abah dan umi makin risau melihat perilaku adik yang mula berubah.Dari seorang pelajar yang rajin menjadi pelajar yang malas.Malah malas juga untuk membaca Al-Quran.Solat juga sering dilengah-lengahkannya.Pasti ada yang tidak kena.Harapan abah dan umi pada adik sangat tinggi menggunung iaitu ingin melihat adik menjulang kejayaan dalam pelajarannya dan menjadi anak solehah.Ini kerana hanya dengan ilmu saja yang mampu menentukan kehidupan pada masa akan datang.
      "Hanya ilmu saja yang mampu abah dan umi berikan untuk anak-anak.Apabila anak-anak berjaya,kalian juga yang bakal peroleh keuntungannya.Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam Al-Furqan surah Al-Mujadalah,ayat 11,'Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu itu beberapa darjat',"ujar abah pada suatu malam yang hening dan syahdu.
      "Sebab itu,umi dan abah mahu melihat anak-anak semua jaga hubungan dengan Allah dan belajar bersungguh-sungguh agar kamu semua akan berjaya di dunia dan di akhirat kelak.Insyallah,"kata umi dengan nada yang penuh bersemangat.
      Sememangnya abah dan umi tidak pernah berhanti mendoakan kejayaan kami,anak-anak mereka.Sesungguhnya doa itu senjata Muslim.Oleh sebab itu,apabila adik menampakkan perubahan dalam dirinya dan kemerosotan dalam pelajarannya,membuatkan abang,abah dan umi semakin runsing.
     Tetapi,Alhamdulillah adik kini sudah sedar akan kesilapannya tempoh hari.Adik juga telah mengakuinya.
     "Mulai saat ini dan detik ini,adik berjanji pada diri adik sendiri bersaksikan Allah Yang Maha Esa,adik akan bina azam baru.Adik akan menjaga hubungan dengan Allah,abang,abah,umi dan kawan-kawan.Adik akan rajin mengaji Al-Quran,solat menepati waktu dan yang paling penting sekarang ini,adik akan belajar besungguh-sungguh,"ujarnya sambil tersenyum manja.
     "Adik akan bawa balik sekeping sijil untuk umi,abah dan abang,"tambahnya lagi.
     Keinsafan adik terserlah dalam dirinya membuatkan abang,abah dan umi mampu mengukuikan senyum lega di wajah mereka dek kerana gembira dengan perubahan adik.
                                                                            ++++++++++
6 Ogos 2010-12 Ogos 2010
     Peperiksaan PMR berlangsung.
23 Disember 2010
     Debaran kian terasa oleh para pelajar tingkatan 3 dan pada hari ini mereka akan berdepan dengan keputusan yang bakal mereka terima.Termasuk adik.Kekuatan fizikal dan mental telah pun dibinanya selama ini.Langkah diaturnya terus menuju ke pejabat.Beratur menunggu giliran.Dan kini tiba masanya.Slip diberi dan diambilnya.Lalu sepasang matanya fokus di slip tersebut.Senyuman terukir indah.Alhamdulillah lafaz dihati.
     "Abang,adik dapat 8A1B,"katanya penuh gembira.Abang pantas mendapatkannya.Dikeluarkan sesuatu dari koceknya.
     "Untuk adik.Abang tahu adik abang mampu berjaya.Walaupun adik dapat 1B,adik kena bersyukur juga.Semua itu Allah yang bagi,"nasihat abang.
     Dan hari merukan hari paling bahagia dalam hidup adik.
                                                          TAMAT

Wednesday, December 22, 2010

BERUBAH-UBAH NIAT

Seorang pemanjat kelapa sedang berada dalam keadaan yang sangat bahaya.Ketika dia berada di puncak pokok kelapa,ribut melanda berserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir,tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang terjuntai.
Keadaannya" seperti telur di hujung tanduk ".Dalam keadan yang genting itu dia berseru,"Ya ALLAH,selamatkanlah aku daripada jatuh.Jika selamat,aku akan sedakahkan seekor lembu kepada orang miskin.''
Sejurus kemudian,tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok.Namun ribut masih bertiup kencang.Walaupun keadaannya agak lebih baik daripada sebelumnya,tetapi dia masih lagi belum selamat.Dia berpaut sekuat hatinya pada sebatang pokok,dia berseru lagi,"Ya ALLAH,sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh,aku akan sedekahkan seekor kambing kepada orang miskin."
Setelah bersusah payah,dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok kelapa.Harapannya untuk selamat kian cerah,walaupun angin ribut masih bertiup kencang.Kali ini dia berseru lagi,"Ya ALLAH,jikalau Engkau selamatkan aku,aku akan sedekahkan tiga ekor ayam."
Akhirnya,dia berjaya sampai pada kedudukan yang lebih rendah,dan doanya berubah lagi,"Ya ALLAH,sekiranya aku selamat,aku akan sedekahkan seekor ayam."
Ribut telah berhenti,dan dia telah berada pada kedudukan yang selamat.dia pun melepaskan tangannya daripada batang pokok lalu berpura-pura jatuh."Ya ALLAH,rupa-rupanya aku jatuh juga.Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun!"

                                                         PENGAJARAN
     Dalam keadaan susah,manusia sering ingatkan ALLAH tetapi apabila senang, manusia mudah melupakanNYA.Ironnya,apakah kita tidak malu mengharap bantuan ALLAH ketika susah sedangkan sewakti kita senang,kita melupakanNYA.?

Saturday, December 11, 2010

sannah helwah ya zamiluna....

ASSALAMUALAIKUM.....

kepada Iylia yg dirindui dan dikasihi fillah,di sini kami 18th batch of Matri ingn mgucapkn selamat hari lahir..semoga Iylia terus istiqamah di jalanNya..ameen..walaupun kita terpisah jauh,namun hati kita masih dekat dan sentiasa bersama kerana kita kan SATU HATI!!!kami harap Iylia dapt memaafkan kami semua ats kterlewatn m'wish utk Iylia...gommenasai!!!

TO IYLIA MAISARAH BT SHABRI.....:
  • MAY ALLAH BLESS YOU
  • REMEMBER ALLAH ALWAYS
  • BACK TO ALLAH EVERYTIME 
  • WE ALWAYS LOVE YOU...INSYA-ALLAH

  10 DISEMBER 2010
JUMAAT


Monday, December 6, 2010

Raudhatul Islam

   Ku renungi hari-hari esok di Raudhatul Islam ini kian suram dan penuh persoalan.Terasa dahsyatnya gegaran yang melanda di taman indah milik kita ini.Ada nada kesal sering bertamu di hati.Cemas dengan keasyikan dan kealpaan kita melewati hari-hari yang berlalu tanpa henti,hinggakan kita menjadi generasi Raudhatul Islam yang kian runtuh.Ke manakah hilangnya kekuatan mujahadah yang sering kita tuturkan??
   Mengapa kita tidak bisa memelihara kemeriahan taman ini dengan kesuburan nur iman dan ukhuwah?Malah kita hanya perlu untuk meneruskannya,bukan seperit untuk mewujudkannya seperti generasi awal terdahulu.Hari demi hari,kita makin jauh dari Ilahi.Kemegahan kita sebagai generasi yang berpegang pada kalimah Ar-Rahman selama ini,bisa lenyap dan berkubur entah esok atau lusa,malah hanya dalam sekelip mata.
   Entah bila persoalan ini bisa terurai.Selagi qudwah hasanah sudah tidak menjadi mahkota kebanggaan kita,selagi itulah Raudhatul Islam ini akan terus hilang identitinya,runtuh dan kian runtuh!Kenapa hari ini takwa bukan lagi pakaian kita?Malu bukan lagi hiasan kita dan ilmu bukan lagi hasil kita?Adakah semua itu sudah tidak cocok dengan naluri kita yang hidup dalam arus globalisasi?Tidakkah kita sedar,nilai-nilai yang ada di sini menepati nilai-nilai Islam!Ketahuilah,nilai-nilai yang terus unggul untuk dipertahankan hingga ke akhir zaman biar sehebat mana pun zaman berubah.
   Siapa lagi yang harus mengubah kemelut penghuni Radudahtul Islam yang sudah kurang mengenali identiti islaminya lagi?Mampukah helaian bisu ini mengubah keadaan?Jawapan bagi persoalan ini ada kepada diri kita sendiri.Malulah kepada Allah kerana sanggup mencalitkan najis ke taman kudus ini dengan mengasingkan diri dari etika Islam yang diperjuangkan.Sanggupkah kita menjadi golongan peruntuh itu??
   Sedarlah putera dan puteri harapan ummah,
   Generasi Raudhatul Islam adalag generasi pembentuk keperibadian Islam dalam masyarakat nanti.Masyarakat memerlukan sumbangan kita.Kalaulah generasi da'ei seperti kita turut lemas dan terumbang-ambing dengan kemelut nafsu dan syaitan sebagai penasihatnya,bagaimana kita mampu membina kecemerlangan sebuah masyarakat berperibadi Islam?Siapakah yang harus mereka contohi??
   Kita tidak mahu masyarakat kita nanti,cemerlang akademik dan ekonominya sahaja namun kontang dari segi iman dan akhlak.Jika perkara begini terjadi,makin kaburlah impian kita untuk melihat intifadho umat Islam kembali menerajui peradaban dunia dan agungnya kalimah LAILAHAILLALLAH di persada antarabangsa.Masakan tidak,jika asas pentarbiyahan umat Islam serapuh ini,impian hanya akan tinggal mimpi.
   Mungkinkah pada hari esok masih menjanjikan sinar untuk kita mengembalikan kegemilangan Raudhatul Islam.Kalau bukan kita siapa lagi?Kalau bukan sekarang bila lagi?Kalau bukan di sini,di mana lagi?



~Fatimah Syarha Mohd Noordin~Tautan Hati~


Sunday, December 5, 2010

Native Deen - My Faith My Voice

Tanda-tanda stress yang berjaya diuruskan

1.Ceria(Personaliti asal dapat dikekalkan)
2.Tenang melakukan kerja
3.Rasional dalam bertindak
4.Hubungan dan interaksi sesama manusia betambah baik
5.Hubungan dengan Allah(HDA)meningkat(Banyak berdoa dan rajin solat)
6.Bakhil berubah kepada pemurah


tenangnya hidup dalam aturan Allah

Saturday, December 4, 2010

Pesanan

 
Bermimpilah tentang apa yang kamu impikan,
pergilah ke tempat yang kamu ingin pergi,
jadilah seperti yang kamu inginkan,
kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan,
dan satu kesempatan,
untuk melakukan hal-hal yang kamu kehendakkan,
moga ianya sentiasa dalam redha Tuhan.

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya,
sebab ianya hanya sementara,
jangan pula tertarik kepada kekayaannya,
kerana kekayaan dapat memusnahkan,
tertariklah kepada seseorang,
yang dapat membuatmu tersenyum,
kerana hanya senyuman yang mampu,
membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah,
semoga kamu menemukan orang seperti itu.

Semoga kamu mendapatkan,
kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati,
ujian yang cukup untuk membuatmu kuat,
kesedihan yang cukup untuk menjadikanmu manusia,
yang punya rasa simpati,
pengharapan yang cukup untuk menjadikanmu lebih bersemangat,
dalam menempuh kehidupan.

Disaat satu pintu kebahagiaan tertutup,
pintu yang lain dibukakan,
tetapi acapkali kita terpaku,
pada pintu yang tertutup,
sehingga tidak melihat pintu yang lain yang dibukakan.

Sahabat terbaik adalah dia,
yang dapat bersamamu,
tanpa mengucapkan sepatah kata pun,
dan kemudian  kamu meninggalkannya,
dengan perasaan telah berbicara lama dengannya,
kerana dia membutmu bahagia.

Sungguh benar bahawa,
kita tidak tahu apa yang kita miliki,
sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahawa,
kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki,
sampai kita mendapatkannya.

Orang-orang yang paling berbahagia,
tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik,
dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya..

   

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...