Sunday, October 31, 2010

Hijjaz - Dilema



Kepada para mujahidah Islam,ambillah iktibar dan pesanan dari lagu ini.Amalkanlah dalam kehidupan seharian kita.Buang yang keruh,ambil yang jernih.Ingat,paling ramai yang menghuni neraka ialah wanita dan SEINDAH hiasan dunia ialah wanita Solihah.



Friday, October 29, 2010

Rahmat Ujian - Mestica



Hayatilah lagu ini..kepada para pemimpin yang menghadapi kesukaran,ingatlah,Allah sentiasa menyayangi kita.Tiada apa yang harus disedihkan..Allah uji kita tanda Allah sayang dan cinta terhadap kita.Bersyukurlah dan tabahlah...Allah never live you..And we never leave you behind.

Sunday, October 17, 2010

Ya Allah,inikah ujianMu??!!!!

Kepada para pembaca,diharap dapat menghadirkan hati bersama-sama ketika membaca kisah ini..Ini adalah kisah benar yang terjadi kepada kawan kami,Rabiatul Adawiyah Bt. Saad...(9.10.2010)

Rabiatul dan kawan2-jamuan di rumah c.rozita-
habis last paper PMR-paper B.A...
moga Allah bagi  kekuatan..sahibahku

Kelas 3pAsiah sunyi,pilu tanpa sebab......
....Ketika sedang khusyuk menelaah buku untuk peperiksaan hari Isnin(11.10.2010),2 orang pelajar ting.1 datang ke kelas 3pAsiah dan memanggil,"kak Rabiatul Saad ada tak?","abang ipar dia mai".Kelas 3pAsiah riuh dan ada suara yang mengatakan,"waa,Rabiatul,syok la tu abang ipar dia mai","syoknye Rabiatul"..Rabiatul ke pejabat ditemani oleh Siti Mariyam.Sampai sahaja di pejabat,Rabiatul terus bertanya abang iparnya..."kenapa,ada orang meninggal ka?"..Dengan pandangan yang suram ke arah Rabiatul abang iparnya mengangguk sayu.....Hati kecilnya pilu,tanpa disedari air hangat mengalir membasahi pipi lembutnya.Siti Mariyam yang menanti di luar pejabat tertanya-tanya..Dengan penuh tanda tanya Siti Mariyam melangkah masuk ke dalam pejabat.Melihat keadaan Rabiatul yang diselubungi air mata,pantas Mariyam bertanya,"kenapa Rabiatul,ada orang meninggal ka?".Rabiatul terus menangis tanpa menghiraukan pertanyaan Mariyam.....Sekembalinya ke kelas,semua pelajar 3pAsiah tercengang.Apa yang terjadi??kenapa Rabiatul menangis??Selepas seketika,Mariyam memberitahu seorang kawan bahawa..."ayah Rabiatul meninggal"....innalillahiwa inna ilaihi roji'un.........Buat pertama kali kelas 3pAsiah  sunyi-sepi tanpa bicara.Yang kedengaran ketika itu hanyalah bunyi kipas syiling...Beberapa saat selepas itu,dapat dilihat titisan air mata mengalir di pipi pelajar 3pAsiah.."Ya Allah,exam tak habis lagi"..Ya Allah,kuatkanlah dia"..Al-Fatihah..Hanya itu yang terungkap di bibir mereka.Pelajar-pelajar 3pUmmu Aiman telah diberitahu berita itu.Mereka datang ke kelas untuk memberikan kekuatan kepada Rabiatul.Sebelum pulang ke rumah,hampir semua pelajar ting.3 puteri Matri bersalaman dengan Rabiatul dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.Pelajar 3pAsiah dan 3pUmmu Aiman menghantar Rabiatul dengan linangan air mata dan sekudus doa......YA ALLLAH,JANGANLAH ENGKAU UJI KAMI DENGAN APA YANG TIDAK TERTANGGUNG OLEH KAMI..AMIN...SESUNGGUHNYA ENGKAU BENAR-BENAR TIDAK MEMUNGKIRI JANJIMU..





....................................................................................................................................................................
 Ya Allah,sungguh besar ujianMu...satu demi satu Engkau panggil menghadapMu.Dan kini insan-insan yang terhampir dengan kami Engkau panggil jua..murobbi tercinta,ayah kawan kami....mereka semua saudara kami..Ya Allah,tabahkanlah hati mereka dan hati kami.Sesungguhnya kami tidak kuat menempuhnya tanpa pertolonganMu,Ya Allah....Ya Allah,kuatkanlah iman kami....amin....

Ingat!!!! kematian bila-bila masa,tidak dapat dijangka..

Tahun ini merupakan tahun kematian terbesar bagi warga Matri.Dimulai dengan kematian bekas pelajarnya Allahyarhamha K.Jannah Sani disusuli pula oleh Allahyarham Sir Yahya Ismail,Allahyarhamha ibu kepada ust Mahadzir(warden putera),Dato' Kaya Bakti Al-Fadhil Allahyarham Ustaz Dahlan Mohd Zain..Dan yang terkini emak kepada kakak khassah dua Kemboja yang akan mengambil STAM pada 18.10.2010(Isnin)dan ayah kepada kawan kami sendiri yang sedang mengambil PMR telah dipanggil pulang menghadap kekasih sejati pada 9.10.2010(Sabtu).

kubur ustaz dahlan
kubur ALLAHYARHAM UST. DAHLAN...DATO' MUDIR

Tuesday, October 12, 2010

PMR bukan pengakhirannya..

TAKBIR,,ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!


PMR 2010....dlm kenangan


Alhamdulillah,akhirnya terlepas jua satu tanggungjawab yang terpundak di bahu kami(sebentar).Kami mula mengharungi rintangan bermula 5.10.2010 dan berakhir hari ini 12.10.2010 pada pukul 10.40 a.m.Kertas Bahasa Arab...Itulah rintangan terakhir kami pelajar2 MATRI ting.3 2010.Alhamdulillah kawan2 memahami etika Islam.Mereka tidak menjerit "Merdeka!!!",sebaliknya hanya menguntum senyum dan mengucapkan Alhamdulillah..Apa yang menyebabkan mereka bertindak demikian???Haaa,jawapannya kerana selepas PMR pelajar MATRI ting.3 akan mengikuti KURIBAI...Kursus Intensif Bahasa Arab dan Inggeris.Tapi KURIBAI ini santai dan relaks..Siang hari ada kelas malam hari pula ada tayangan..Syoknyaaa...Itulah cara murabbi2 MATRI mendidik kami kerana "tolabul 'ilmi faridhatun 'ala kulli Muslim".. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...