Showing posts with label Sahibah seperjuangan. Show all posts
Showing posts with label Sahibah seperjuangan. Show all posts

Friday, November 5, 2010

Indahnya saat itu

boys.jpg

Berlari berkejaran
Indahnya detik2 kita bersama
Tak mungkin ku lupa
Susah payah
Kita harungi
Tanpa mengenal erti
Keputus asaan
Pertama kali
Mengenal dirimu
Ku yakin
Kau akan menyempurnakan
Hidupku yang
Kosong,gelap dan suram
Kerna kepercayaanku
Padamu
Kulihat sesuatu
Yang istimewa
Yang mampu
Membuatkan jantungku
Berdegup kencang
Yang membuat
Hidupku ceria
Kini kita terpisah
Demi menggapai cit2
Di atas jalan
Yang satu
Ku harap
Kita akan
Bertemu lagi
Di satu persinggahan
Yang tidak dapat
Di ramal penghujungnya
Dan ku harap
Kita akan terus
Istiqamah berada
Di atas jalan
Da'wah Tarbiyah Islamiyah
Dan ku breharap
Agar kita
Tidak melemparkan
Semua emas yang
Kita lombongi
Di Ma'had itu...
Indahnya saat kita bersama
Ku pasti merindui saat itu...

Sunday, October 17, 2010

Ya Allah,inikah ujianMu??!!!!

Kepada para pembaca,diharap dapat menghadirkan hati bersama-sama ketika membaca kisah ini..Ini adalah kisah benar yang terjadi kepada kawan kami,Rabiatul Adawiyah Bt. Saad...(9.10.2010)

Rabiatul dan kawan2-jamuan di rumah c.rozita-
habis last paper PMR-paper B.A...
moga Allah bagi  kekuatan..sahibahku

Kelas 3pAsiah sunyi,pilu tanpa sebab......
....Ketika sedang khusyuk menelaah buku untuk peperiksaan hari Isnin(11.10.2010),2 orang pelajar ting.1 datang ke kelas 3pAsiah dan memanggil,"kak Rabiatul Saad ada tak?","abang ipar dia mai".Kelas 3pAsiah riuh dan ada suara yang mengatakan,"waa,Rabiatul,syok la tu abang ipar dia mai","syoknye Rabiatul"..Rabiatul ke pejabat ditemani oleh Siti Mariyam.Sampai sahaja di pejabat,Rabiatul terus bertanya abang iparnya..."kenapa,ada orang meninggal ka?"..Dengan pandangan yang suram ke arah Rabiatul abang iparnya mengangguk sayu.....Hati kecilnya pilu,tanpa disedari air hangat mengalir membasahi pipi lembutnya.Siti Mariyam yang menanti di luar pejabat tertanya-tanya..Dengan penuh tanda tanya Siti Mariyam melangkah masuk ke dalam pejabat.Melihat keadaan Rabiatul yang diselubungi air mata,pantas Mariyam bertanya,"kenapa Rabiatul,ada orang meninggal ka?".Rabiatul terus menangis tanpa menghiraukan pertanyaan Mariyam.....Sekembalinya ke kelas,semua pelajar 3pAsiah tercengang.Apa yang terjadi??kenapa Rabiatul menangis??Selepas seketika,Mariyam memberitahu seorang kawan bahawa..."ayah Rabiatul meninggal"....innalillahiwa inna ilaihi roji'un.........Buat pertama kali kelas 3pAsiah  sunyi-sepi tanpa bicara.Yang kedengaran ketika itu hanyalah bunyi kipas syiling...Beberapa saat selepas itu,dapat dilihat titisan air mata mengalir di pipi pelajar 3pAsiah.."Ya Allah,exam tak habis lagi"..Ya Allah,kuatkanlah dia"..Al-Fatihah..Hanya itu yang terungkap di bibir mereka.Pelajar-pelajar 3pUmmu Aiman telah diberitahu berita itu.Mereka datang ke kelas untuk memberikan kekuatan kepada Rabiatul.Sebelum pulang ke rumah,hampir semua pelajar ting.3 puteri Matri bersalaman dengan Rabiatul dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.Pelajar 3pAsiah dan 3pUmmu Aiman menghantar Rabiatul dengan linangan air mata dan sekudus doa......YA ALLLAH,JANGANLAH ENGKAU UJI KAMI DENGAN APA YANG TIDAK TERTANGGUNG OLEH KAMI..AMIN...SESUNGGUHNYA ENGKAU BENAR-BENAR TIDAK MEMUNGKIRI JANJIMU..





....................................................................................................................................................................
 Ya Allah,sungguh besar ujianMu...satu demi satu Engkau panggil menghadapMu.Dan kini insan-insan yang terhampir dengan kami Engkau panggil jua..murobbi tercinta,ayah kawan kami....mereka semua saudara kami..Ya Allah,tabahkanlah hati mereka dan hati kami.Sesungguhnya kami tidak kuat menempuhnya tanpa pertolonganMu,Ya Allah....Ya Allah,kuatkanlah iman kami....amin....

Ingat!!!! kematian bila-bila masa,tidak dapat dijangka..

Tahun ini merupakan tahun kematian terbesar bagi warga Matri.Dimulai dengan kematian bekas pelajarnya Allahyarhamha K.Jannah Sani disusuli pula oleh Allahyarham Sir Yahya Ismail,Allahyarhamha ibu kepada ust Mahadzir(warden putera),Dato' Kaya Bakti Al-Fadhil Allahyarham Ustaz Dahlan Mohd Zain..Dan yang terkini emak kepada kakak khassah dua Kemboja yang akan mengambil STAM pada 18.10.2010(Isnin)dan ayah kepada kawan kami sendiri yang sedang mengambil PMR telah dipanggil pulang menghadap kekasih sejati pada 9.10.2010(Sabtu).

kubur ustaz dahlan
kubur ALLAHYARHAM UST. DAHLAN...DATO' MUDIR

Wednesday, September 15, 2010

Takmil wa Istikmal

 Manusia itu diciptakan berpuak-puak,berbeza rupa dan pelbagai perangai.Allah menciptakan kepelbagaian ini untuk kita bantu-membantu dalam mengejar redhaNya.Tiada apa yang kami inginkan daripada engkau,melainkan kita bina hubungan kita ini atas matlamat untuk mendapatkan redhaNya.
   Kami,sebagai sahabat,bersedia menerima kau,walau bagaimana sekali pun engkau.Kalau kau ada masalah,kau boleh kongsikan dengan kami.Kami sentiasa terbuka untuk kau dan rakan-rakan kau.Sekali lagi,semuanya untuk mendapat redha Allah SWT serta saling membantu menjadi hamba Allah SWT yang baik...

p/s: skema or not,we all same.prefect or non,no different.we just the same.

Muslimah Mukminah To'ah

"Orang Islam itu saudara kepada orang Islam yang lain.Mereka tidak menzaliminya,tidak mengkhianatinya,juga tidak membiarkannya."(hadith riwayat Abu Daud)

Kalau benar sahabat
Biar berpimpin tangan merentas SYURGA
Bukan menjadi pengkhianat
Melempar sahabat ke NERAKA
Maka jadilah pelindung
Yang melindungi sahabatnya daripada azab seksa

JAzakumullahu khairan jaza'

Sudah sekian lama
Kita sering bersama
Ketawa bersama
Menangis bersama
Pada ku,engkaulah teman
Engkaulah sahabat
Di kala kedukaan
Kau sentiasa ada di sisi

Namun takdirNya
Perpisahan jua akhirnya
Kau dan aku tak mungkin kan terus bersama

Terima kasih teman 
Di atas segalanya
Engkaulah teman
Engkaulah sahabat
Semoga hidupmu kan diberkati

Seandainya ini perpisahan abadi
Ku pohon sejuta kemaafan
Ku pohon sejuta keredhaan
Di atas segala kekurangan
Hanya sebelum terlambat
Lisan ini hanya ingin melafazkan
Terima kasih teman
Atas segalanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...