Thursday, February 21, 2013

Sharing is Caring ^_^ ~ JDK2013


  Tibanya hari Sabtu nanti genaplah seminggu JDK 2013 melabuhkan tirainya. JDK ada 3 zon, Utara, Timur, dan Tengah.  Ada banyak modul yang disediakan untuk mendidik para pesertanya.
MODUL ANJAKAN PARADIGMA
  Dalam modul ini para peserta diberi pendedahan tentang reality masyarakat dan kesedaran agar menyedari peranan sebenar seorang remaja. Modul ini digubah sedikit pada tahun ini dengan menggunakan pendekatan yang agak santai tapi masih tarbawi. Teknik ini amat sesuai agar peserta mendapat input walaupun dalam keadaan santai. Ana rasa ramai yang mula tersentuh dengan modul ini dan ada yang mula menyedari peranan kita sebagai pemudi. Namun kesedaran tidak mencukupi seandainya tidak disertakan dengan tindakan. Justeru kita harus bertindak!!
MODUL KEMAHIRAN INSAN DAN PROFESIONAL
  Sebagai manusia yang juga digelar insan,pelbagai kemahiran yang perlu kita lengkapkan dalam diri kita. Dalam modul ini kami didedahkan dengan pengurusan acara di mana di dunia IPT nanti kita akan melaksanakan program dalam sesebuah persatuan. Modul ini memberi tip2 yang berguna buat para peserta meskipun ada segelintir yang sudah berpengalaman  dalam mengendalikan sesuatu program.
  Pengurusan masa juga penting agar tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita dapat dilaksanakan dengan baik. Urusan2 kita perlu dibahagikan kepada PENTING DAN SEGERA, KURANG PENTING TAPI SEGERA, KURANG SEGERA TAPI PENTING dan KURANG SEGERA DAN KURANG PENTING. Kerana itu kita perlu letakkan keutamaan dalam mengendalikan masa.
  Pengurusan diri seorang muslim terbahagi kepada akidah, ibadah dan akhlak. Sebagai muslim soalakidah wajib settle dan tidak dicampur adukkan dengan fahaman yang lain. Dari aspek ibadah kita kena faham segala yang dilakukan dengan ikhlas dan menepati syara’ dikira ibadah. Justeru apa2 pun yang dilakukan biarla menjadi ibadah. Dari sudut akhlak kita harus berakhlak dengan akhlak muslim dan menjauhi sifat mazmumah.
  Kemahiran pengucapan awam penting bagi seorang muslim. Muslim wajib melaksanakan dakwah, sebagai dai’e kemahiran ini penting untuk menyeru manusia kepadaNya. Alhamdulillah, setelah dilatih, terdapat mereka2 yang sememangnya punya potensi namun kurang yakin diri. Maka, gilaplah potensi yang ada dan binalah keyakinan diri.
MODUL  KEPIMPINAN KEMASYARAKATAN
  Para peserta telah didedahkan dengan kefahaman2 agama2 lain yang terdapat di Malaysia seperti Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Melalui modul ini peserta dibina keberanian untuk berdakwah kepada non-Muslim. Keinginan untuk berkawan dengan nonoMuslim diterap dan peserta juga diingatkan agar tidak menyisihkan mereka. Ayuh, sama2 kita melakukan kepada non-Muslim kerana mereka berhakuntuk mendapatakan hidayahNya.
  Dalam modul ini juga kami diberi pendedahan tentang pengurusan jenazah, Cara pemandian jenazah. Kafankan jenazah, dan pengebumian jenazah.
MODUL KECERGASAN DAN REKREASI
 Modul ini menekankan kepada para peserta pentingnya kecergasan bagi seseorang muslim. Hal ini juga kerana Allah lebih mengasihi mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah. Tubuh badan yang sihat juga merupakan  salah satu daripada 10 muwasafat tarbiyah.
 Kami juga didedahkan denagn teknik pemasangan khemah jenis A shape, memasak menggunakan lilin askar, ikhtiar hidup dalam hutan. Slot jungle trekking juga tidak ketinggalan! Bagi zon utara, Allah beri kelebihan untuk merasai pengalaman berflying fox! Alhamdulillah..
MODUL KTD
  Memberi pengenalan awal mengenai Kolej Teknologi Darulnaim. Pihak penganjur amat bijak mengolah modul agar lebih menarik dengan mengadakan slot ‘running to ktd’ di mana diadakan 5 checkpoint yang memerlukan para peserta menyelesaikan  5 game bagi mendapatkan ‘hint’ untuk menjawab kuiz ktd.
MODUL KHIDMAT MASYARAKAT
  Melatih kami untuk bersedia berkhidmat kepada masyarakat. Kami ditugaskan untuk melakukan aktiviti gotong-royong di dewan kampung, di surau dan di tanah perkuburan. Selepas itu, kami dibawa ke rumah orang2 kurang mampu untuk menziarahi mereka dan menghulur sedikit sumbangan. Kami juga didedahkan dengan Misi Kemanusiaan dan Misi Kerelawanan.
MODUL ASAS KEWANITAAN
  Ini merupakan modul khas buat yang bergelar wanita! Diajar jahitan2 asas seperti kia, jelujur, sembat dan sebagainya. Diadakan pertandingan memasak. Dan juga slot busana muslimah bagi menguji kefahaman peserta tentang penjagaan aurat wanita.apa yang oleh dan apa yang tidak boleh.

Sebenarnya banyak perkara yang ingin dikongsi dan dicoretkan. Namun masa tidak mengizinkan. Nasihat ana buat peserta2 JDK 2013 tidak kira dimana zon yang ada hadiri, praktikkan segala ilmu yang diperoleh kerana ilmu2 itu berguna bagi menempuh cabaran yang akan datang. Kelebihan yang Allah kurniakan di tempat2 masing2 bukanlah untuk dibangga2kan tetapi untuk dirasai kemanisan berukhuwah keranaNya dan agar kita merasa beruntung dipilih menyertai JDK2013!

Nota:  Maaf andai terdapat kekurangan dalam post kali ini. Ini post pertama ana dalam blog ini. Bahasa yang digunakan juga mungkin memeningkan dan pelik. Sudah lama tidak mengarang selepas habis SPM ^_^ Selamat Membaca dan Mengambil Pengajaran!

Saturday, January 12, 2013

hadiah istimewa buatmu sayang...

Assalamualaikum...
alhamdulillah...segala puji bagi Allah yang berkuasa mutlak terhadap semua perkara di alam ini...bersyukur kita kepada Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk menghirup oksigen bagi meneruskan kehidupan di dunia yang fana' ini...

ingin saya memberi hadiah istimewa buat sahabat tersayang,

SITI AMIRAH BINTI YUSRI...

 cepat cari,yang mana budak manja + comel + bufday girl tuh...????

Sayangku Siti,tidak mampu kita bersua seperti dahulu di lubuk tarbiyah..melihat tawa manjamu,ceria senyumanmu...namun DOA antara kau dan aku pada Rabb menyaksikan bahawa kasih kita terus terjalin...insyaAllah...(cewah!!ayat jiwang pulak....lama tak berjiwang-jiwang...x pe la kan...untuk sahabat tercinta...:))

Siti,SANAH HELWAH dan TAHNIAH atas kejayaan mencapai umur 18 yang semakin.....(jawab sendiri la...hehe...)semoga Siti lebih matang dan lebih profesional dalam membuat sebarang tindakan/pilihan/keputusan dalam hidup Siti...dan saya doakan Siti berjaya dalam bidang yang bakal Siti ambil dan berjaya juga di akhirat kelak...

kata-kata buat Siti...



saya wakil KHALIFAH 18 ingin megucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat sahabat TERCINTA kami,

SITI AMIRAH BINTI YUSRI
12 JANUARI 2013

kamisayangsitikeranaNya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...