Thursday, December 30, 2010

Hidupkan Azam Yang Telah Tidur

"Jangan disesali segala yang berlaku.Jadikan semua itu sebagai pengajaran paling berguna.Apa yang telah berlaku sekarang segalanya telah ditentukan oleh Allah,"kata abah kepada adik Aidatul.
      " Benar kata abah kamu itu,Aidatul.Yang berlaku biarkan ia terus berlalu pergi.Utamakan yang sekarang.Aidatul jangan ulangi lagi kesilapan masa lalu.Sabda Rasulullah SAW,'Orang yang melalui satu jalan, kemudian dipatuk ular dan dia melalui jalan tersebut untuk kali keduanya dan kamudian dipatuk ular yang sama,maka dia adalah orang yang bodoh',"kata ibu pula dengan rasa kasih dan sayang terserlah di riak wajahnya.
      Papp!Tersedar adik dari lamunannya dek kerana terdengar bunyi pintu rumah dikuak.Pastinya abang sudah pulang.Fikir adik sambil ningkas bangun dari katil empuknya lalu melangkah turun ke bawah mendapatkan abang.Disebelah abang,adik melabuhkan pinggulnya.
     "Kenapa muka adik masam nencuka?"abang memulakan bicara.
     "Adik sedih dengan keputusan percubaan PMR yang adik dapat.Kawan-kawan adik semuanya dapat capai target yang mereka nak capai.Tapi adik cuma dapat 1A4B3C1D.Adik takut adik akan gagal dalam PMR nanti,"jawaban adik benar-benar mencerminkan kesedihan.
     "Tak mengapalah,dik.Abang faham situasi yang adik alami.Abang juga pernah mengalami semua ini.Tapi abang kuat dengan sabda Rasulullah SAW kepada Abu Bakar As-Siddiq dan telah pun dicatatkan di dalam Al-Quran dalam surah At-Taubah,ayat 40'...ketika itu dia(Muhammad) berkata kepada sahabatnya"Janganlah engkau bersedih,esungguhnya Allah besama kita".Masih ada peluang untuk adik perbaiki kesilapan yang telah adik lakukan demi menjana kejayaan dalam PMR nanti,'balas abang dengan penuh simpati.
      Abang Hakimi sebagai abang sulung,memang cukup simpati dengan apa yang adik lalui kini.Maklumlah,antara adik dan abang Hakimi memang cukup intim.Keputusan percubaan PMR adik sememengnya memeranjatkan semua orang.Apa tidaknya.Adik acapkali mendapat keputusan yang cemerlang di dalam kelasnya.Masakan boleh mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan percubaan pula.Hairan bin ajaib.Kita merancang Allah juga merancang.Kemudian Allahlah yang menentukan segala-galanya.Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.Kini,kawan-kawan adik sering mempersendakannya pula.
      "Hahaha...sebab kau belagak sangatlah kau dapat keputusan teruk.Hahaha...".Perlian mereka disulami dengan alunan tawa yang memecah kesunyian kelas.Kesedihan kembali menyelubungi adik.
      "Adik,'Sungguh ajaib dalam urusan Mukmin!Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang Mukmin.Sekiranya dia diberi dngan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur,maka kebaikan baginya dan sekiranya dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar,maka kebaikan baginya'(Riwayat Muslim),"ujar abang dengan panjang lebar pada suatu malam.Senyuman kembali terukir indah dibibir adik.Hati abang mula lega.
      Abang Hakimisememangnya benar-benar mengharapkan adik turut berjaya sepertinya dalam pelajaran dunia dan pelajaran akhirat juga.Pastinya abang ingikan adik mengikut jejak langkahnya yang kini belajar di menara gading.
     Abang,abah dan umi makin risau melihat perilaku adik yang mula berubah.Dari seorang pelajar yang rajin menjadi pelajar yang malas.Malah malas juga untuk membaca Al-Quran.Solat juga sering dilengah-lengahkannya.Pasti ada yang tidak kena.Harapan abah dan umi pada adik sangat tinggi menggunung iaitu ingin melihat adik menjulang kejayaan dalam pelajarannya dan menjadi anak solehah.Ini kerana hanya dengan ilmu saja yang mampu menentukan kehidupan pada masa akan datang.
      "Hanya ilmu saja yang mampu abah dan umi berikan untuk anak-anak.Apabila anak-anak berjaya,kalian juga yang bakal peroleh keuntungannya.Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam Al-Furqan surah Al-Mujadalah,ayat 11,'Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu itu beberapa darjat',"ujar abah pada suatu malam yang hening dan syahdu.
      "Sebab itu,umi dan abah mahu melihat anak-anak semua jaga hubungan dengan Allah dan belajar bersungguh-sungguh agar kamu semua akan berjaya di dunia dan di akhirat kelak.Insyallah,"kata umi dengan nada yang penuh bersemangat.
      Sememangnya abah dan umi tidak pernah berhanti mendoakan kejayaan kami,anak-anak mereka.Sesungguhnya doa itu senjata Muslim.Oleh sebab itu,apabila adik menampakkan perubahan dalam dirinya dan kemerosotan dalam pelajarannya,membuatkan abang,abah dan umi semakin runsing.
     Tetapi,Alhamdulillah adik kini sudah sedar akan kesilapannya tempoh hari.Adik juga telah mengakuinya.
     "Mulai saat ini dan detik ini,adik berjanji pada diri adik sendiri bersaksikan Allah Yang Maha Esa,adik akan bina azam baru.Adik akan menjaga hubungan dengan Allah,abang,abah,umi dan kawan-kawan.Adik akan rajin mengaji Al-Quran,solat menepati waktu dan yang paling penting sekarang ini,adik akan belajar besungguh-sungguh,"ujarnya sambil tersenyum manja.
     "Adik akan bawa balik sekeping sijil untuk umi,abah dan abang,"tambahnya lagi.
     Keinsafan adik terserlah dalam dirinya membuatkan abang,abah dan umi mampu mengukuikan senyum lega di wajah mereka dek kerana gembira dengan perubahan adik.
                                                                            ++++++++++
6 Ogos 2010-12 Ogos 2010
     Peperiksaan PMR berlangsung.
23 Disember 2010
     Debaran kian terasa oleh para pelajar tingkatan 3 dan pada hari ini mereka akan berdepan dengan keputusan yang bakal mereka terima.Termasuk adik.Kekuatan fizikal dan mental telah pun dibinanya selama ini.Langkah diaturnya terus menuju ke pejabat.Beratur menunggu giliran.Dan kini tiba masanya.Slip diberi dan diambilnya.Lalu sepasang matanya fokus di slip tersebut.Senyuman terukir indah.Alhamdulillah lafaz dihati.
     "Abang,adik dapat 8A1B,"katanya penuh gembira.Abang pantas mendapatkannya.Dikeluarkan sesuatu dari koceknya.
     "Untuk adik.Abang tahu adik abang mampu berjaya.Walaupun adik dapat 1B,adik kena bersyukur juga.Semua itu Allah yang bagi,"nasihat abang.
     Dan hari merukan hari paling bahagia dalam hidup adik.
                                                          TAMAT

Wednesday, December 22, 2010

BERUBAH-UBAH NIAT

Seorang pemanjat kelapa sedang berada dalam keadaan yang sangat bahaya.Ketika dia berada di puncak pokok kelapa,ribut melanda berserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir,tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang terjuntai.
Keadaannya" seperti telur di hujung tanduk ".Dalam keadan yang genting itu dia berseru,"Ya ALLAH,selamatkanlah aku daripada jatuh.Jika selamat,aku akan sedakahkan seekor lembu kepada orang miskin.''
Sejurus kemudian,tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok.Namun ribut masih bertiup kencang.Walaupun keadaannya agak lebih baik daripada sebelumnya,tetapi dia masih lagi belum selamat.Dia berpaut sekuat hatinya pada sebatang pokok,dia berseru lagi,"Ya ALLAH,sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh,aku akan sedekahkan seekor kambing kepada orang miskin."
Setelah bersusah payah,dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok kelapa.Harapannya untuk selamat kian cerah,walaupun angin ribut masih bertiup kencang.Kali ini dia berseru lagi,"Ya ALLAH,jikalau Engkau selamatkan aku,aku akan sedekahkan tiga ekor ayam."
Akhirnya,dia berjaya sampai pada kedudukan yang lebih rendah,dan doanya berubah lagi,"Ya ALLAH,sekiranya aku selamat,aku akan sedekahkan seekor ayam."
Ribut telah berhenti,dan dia telah berada pada kedudukan yang selamat.dia pun melepaskan tangannya daripada batang pokok lalu berpura-pura jatuh."Ya ALLAH,rupa-rupanya aku jatuh juga.Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun!"

                                                         PENGAJARAN
     Dalam keadaan susah,manusia sering ingatkan ALLAH tetapi apabila senang, manusia mudah melupakanNYA.Ironnya,apakah kita tidak malu mengharap bantuan ALLAH ketika susah sedangkan sewakti kita senang,kita melupakanNYA.?

Saturday, December 11, 2010

sannah helwah ya zamiluna....

ASSALAMUALAIKUM.....

kepada Iylia yg dirindui dan dikasihi fillah,di sini kami 18th batch of Matri ingn mgucapkn selamat hari lahir..semoga Iylia terus istiqamah di jalanNya..ameen..walaupun kita terpisah jauh,namun hati kita masih dekat dan sentiasa bersama kerana kita kan SATU HATI!!!kami harap Iylia dapt memaafkan kami semua ats kterlewatn m'wish utk Iylia...gommenasai!!!

TO IYLIA MAISARAH BT SHABRI.....:
  • MAY ALLAH BLESS YOU
  • REMEMBER ALLAH ALWAYS
  • BACK TO ALLAH EVERYTIME 
  • WE ALWAYS LOVE YOU...INSYA-ALLAH

  10 DISEMBER 2010
JUMAAT


Monday, December 6, 2010

Raudhatul Islam

   Ku renungi hari-hari esok di Raudhatul Islam ini kian suram dan penuh persoalan.Terasa dahsyatnya gegaran yang melanda di taman indah milik kita ini.Ada nada kesal sering bertamu di hati.Cemas dengan keasyikan dan kealpaan kita melewati hari-hari yang berlalu tanpa henti,hinggakan kita menjadi generasi Raudhatul Islam yang kian runtuh.Ke manakah hilangnya kekuatan mujahadah yang sering kita tuturkan??
   Mengapa kita tidak bisa memelihara kemeriahan taman ini dengan kesuburan nur iman dan ukhuwah?Malah kita hanya perlu untuk meneruskannya,bukan seperit untuk mewujudkannya seperti generasi awal terdahulu.Hari demi hari,kita makin jauh dari Ilahi.Kemegahan kita sebagai generasi yang berpegang pada kalimah Ar-Rahman selama ini,bisa lenyap dan berkubur entah esok atau lusa,malah hanya dalam sekelip mata.
   Entah bila persoalan ini bisa terurai.Selagi qudwah hasanah sudah tidak menjadi mahkota kebanggaan kita,selagi itulah Raudhatul Islam ini akan terus hilang identitinya,runtuh dan kian runtuh!Kenapa hari ini takwa bukan lagi pakaian kita?Malu bukan lagi hiasan kita dan ilmu bukan lagi hasil kita?Adakah semua itu sudah tidak cocok dengan naluri kita yang hidup dalam arus globalisasi?Tidakkah kita sedar,nilai-nilai yang ada di sini menepati nilai-nilai Islam!Ketahuilah,nilai-nilai yang terus unggul untuk dipertahankan hingga ke akhir zaman biar sehebat mana pun zaman berubah.
   Siapa lagi yang harus mengubah kemelut penghuni Radudahtul Islam yang sudah kurang mengenali identiti islaminya lagi?Mampukah helaian bisu ini mengubah keadaan?Jawapan bagi persoalan ini ada kepada diri kita sendiri.Malulah kepada Allah kerana sanggup mencalitkan najis ke taman kudus ini dengan mengasingkan diri dari etika Islam yang diperjuangkan.Sanggupkah kita menjadi golongan peruntuh itu??
   Sedarlah putera dan puteri harapan ummah,
   Generasi Raudhatul Islam adalag generasi pembentuk keperibadian Islam dalam masyarakat nanti.Masyarakat memerlukan sumbangan kita.Kalaulah generasi da'ei seperti kita turut lemas dan terumbang-ambing dengan kemelut nafsu dan syaitan sebagai penasihatnya,bagaimana kita mampu membina kecemerlangan sebuah masyarakat berperibadi Islam?Siapakah yang harus mereka contohi??
   Kita tidak mahu masyarakat kita nanti,cemerlang akademik dan ekonominya sahaja namun kontang dari segi iman dan akhlak.Jika perkara begini terjadi,makin kaburlah impian kita untuk melihat intifadho umat Islam kembali menerajui peradaban dunia dan agungnya kalimah LAILAHAILLALLAH di persada antarabangsa.Masakan tidak,jika asas pentarbiyahan umat Islam serapuh ini,impian hanya akan tinggal mimpi.
   Mungkinkah pada hari esok masih menjanjikan sinar untuk kita mengembalikan kegemilangan Raudhatul Islam.Kalau bukan kita siapa lagi?Kalau bukan sekarang bila lagi?Kalau bukan di sini,di mana lagi?



~Fatimah Syarha Mohd Noordin~Tautan Hati~


Sunday, December 5, 2010

Native Deen - My Faith My Voice

Tanda-tanda stress yang berjaya diuruskan

1.Ceria(Personaliti asal dapat dikekalkan)
2.Tenang melakukan kerja
3.Rasional dalam bertindak
4.Hubungan dan interaksi sesama manusia betambah baik
5.Hubungan dengan Allah(HDA)meningkat(Banyak berdoa dan rajin solat)
6.Bakhil berubah kepada pemurah


tenangnya hidup dalam aturan Allah

Saturday, December 4, 2010

Pesanan

 
Bermimpilah tentang apa yang kamu impikan,
pergilah ke tempat yang kamu ingin pergi,
jadilah seperti yang kamu inginkan,
kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan,
dan satu kesempatan,
untuk melakukan hal-hal yang kamu kehendakkan,
moga ianya sentiasa dalam redha Tuhan.

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya,
sebab ianya hanya sementara,
jangan pula tertarik kepada kekayaannya,
kerana kekayaan dapat memusnahkan,
tertariklah kepada seseorang,
yang dapat membuatmu tersenyum,
kerana hanya senyuman yang mampu,
membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah,
semoga kamu menemukan orang seperti itu.

Semoga kamu mendapatkan,
kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati,
ujian yang cukup untuk membuatmu kuat,
kesedihan yang cukup untuk menjadikanmu manusia,
yang punya rasa simpati,
pengharapan yang cukup untuk menjadikanmu lebih bersemangat,
dalam menempuh kehidupan.

Disaat satu pintu kebahagiaan tertutup,
pintu yang lain dibukakan,
tetapi acapkali kita terpaku,
pada pintu yang tertutup,
sehingga tidak melihat pintu yang lain yang dibukakan.

Sahabat terbaik adalah dia,
yang dapat bersamamu,
tanpa mengucapkan sepatah kata pun,
dan kemudian  kamu meninggalkannya,
dengan perasaan telah berbicara lama dengannya,
kerana dia membutmu bahagia.

Sungguh benar bahawa,
kita tidak tahu apa yang kita miliki,
sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahawa,
kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki,
sampai kita mendapatkannya.

Orang-orang yang paling berbahagia,
tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik,
dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya..

   

Saturday, November 13, 2010

Jangan berputus asa dari Rahmat ALLAH

     Salah satu fasa yang agak kritikal dalam pembinaan diri adalah menerima kelemahan yang ada pada diri sendiri. Secara fitrahnya manusia memang memiliki banyak kelebihan dan kelemahan. Namun berdiri didepan hakikat ini bukanlah sesuatu yang mudah. Seringkali kelebihan yang banyak menjadikan seseorang itu bongkak dan banggakan diri lalu jatuh kelembah yang dihina oleh Allah SWT. Bukankah kebanyakan ahli neraka itu ialah golongan Mutakabbirin (Orang-orang yang takbur atau sombong). Manakala ada manusia yang terlalu inferior hingga merasakan dirinya tidak bernilai atau ada juga yang terlalu defensive bila berdepan dengan kelemahan diri hingga manusia lain takut untuk memberi nasihat apatah lagi memimpin tangannya apada jalan kebaikan lalu membiarkan jiwanya terkapar-kapar menderita.

Kenapa kita tidak memandang diri kita sebagai HAMBA. Hamba yang jiwanya Allah ilhamkan dengan kefujuran (keburukan) dan ketaqwaan. Bahkan kecenderungan kita kepada kefujuran itu kata Ibnu Jauzi seperti air yang menuruni bukit sedangkan kecenderungan pada ketaqwaan ini seperti air yang menaiki bukit hingga memerlukan satu tenaga tambahan untuk naik keatas. Tidakkah kita menyedari bahwa sedikit saja kelalaian kita dalam mengingati Allah akan mendekatkan kita pada kefujuran lalu kita akan kjatuh kelembah maksiat dan dosa. Oleh itu, bukankah kita perlu sibukkan diri kita dengan taubat kepada Allah SWT. Bukankah kita juga perlukan sibukkan diri dengan doa agar kita mampu mendaki kebaikan yang akan mendekatkan kita pada Allah SWT.

Janganlah pula kelemahan diri yang banyak menjadikan kita lupakan kebaikan Allah SWT terhadap kita hingga kita melihat diri kita ini tidak berguna lalu kita duduk menyalahkan diri kita sendiri. Mustahil Allah jadikan kita tanpa satupun kebaikan hingga kita tidak mampu melakukan apa-apapun. setiap kita telah Allah sediakan kebaikan yang banyak, cuma bagaimana kita menggali keluar segala potensi yang kita miliki lalu kita bersihkan dan kita gilapkan.

Kelemahan itu sebahagian dari diri tetapi bukan keseluruhannya. Kelemahan itu adalah sebahagian yang Allah sediakan sebagai peluang untuk kita mujahadah dan Allahpun tidak biarkan kita bersendirian bahkan Allah sentiasa bersedia mendengar doa dan munajat kita memohon kekuatan dariNya. Kelemahan juga adalah pintu masuk syaithan kedalam jiwa kita lalu dibisikkannya keraguan, kekecewaan, kegelisahan dan keputus asaan. Sentiasalah kita mujahadah diri disamping berdoa kepada Allah dalam setiap detik yang kita lalui. Sambutlah segala kegelisahan hati dengan ISTIGHFAR bukan keluhan, rawatlah segala kekecewaan dengan DOA dan gantikan keputus asaan kita dengan HARAPAN.

Janganlah kita berpuus asa dari hidayah Allah SWT. Bagi jiwa-jiwa yang merasakan dirinya terlalu lemah dan sering melakukan dosa, saya ingin sampaikan satu berita gembira bahawa Allah tidak pernah melupakan kita bahkan begitu rindukan doan dan taubat kita.


“Allah lebih gembira menerima taubat hambaNya daripada hamba yang berjalan di padang pasir, lalu ia kehilangan kenderaannya yang memuatkan makanan dan minumannya. Ia menyangka akan mati, lalu ia menggali lubang, dan tidur di dalamnya sambil berkata,’Aku akan tidur di dalam lubang ini sehinggalah kematian datang menjemput’ Tiba-tiba kenderaan dan makanan yang ia bawa berada di atasnya.’Sampaikan ia berkata, ‘Ya Allah Kau hambaku, dan aku TuhanMu.(sampai tersalah kata akibat terlalu gembira) Maka Allah lebih gembira menerima taubat hambaNya daripada kegembiraan hamba tadi. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Wajah Tuhan


Mencari wajah Tuhan,
Menemukan aku dengan wajah jelek diriku sendiri,
Tiada yang indah pada wajah ini,
Cuma secebis nilai hamba,
Yang masih tersisa.

Mencari wajah Tuhan,
Menemukan aku dengan anjing-anjing dunia,
Mengenalkan aku dengan samseng-samseng kehidupan,
Mereka-mereka yang tak pernah berputus asa,
Menyeru namaku untuk menyertai saf mereka,
Memperjuangkan syurga sengsara.

Mencari wajah Tuhan,
Membuka sejuta kerosakan,
Membongkar semua rongga kesulitan,
Membunuh segala keluh kesah,
Membersihkan segala karat dan kekotoran,
Lalu takbir dilaung penuh merdeka,
Bebas tanpa duka lagi.

Mencari wajah Tuhan,
Menemukan aku erti hidup,
Yang selama ini ialah rahsia,
Kisah cinta sejati,hamba kepada tuannya.

Wahai Allah yang Maha Pengasih,
Aku telah jatuh cinta kepada-Mu
Hidupkanlah aku dalam cinta-Mu,
Dan matikanlah aku dalam kasih-Mu,
Izinkan aku menjadi salah seorang hamba-Mu,
Yang akan menatap wajah-Mu di dalam syurga,
Tiada duka, tiada sengsara, cuma kebahagian yg hakiki,
Balasan atas kekerdilan diri,
Mencari wajah Tuhan...

Wednesday, November 10, 2010

Sooo cute!!!!

Perhatian!!!!!jom ziarah.....

Assalamu'alaikum..di sini diri ini ingin mengajak insan-insan yang mempunyai jiwa,marilah bersama2 kita menziarahi blog ustazah Amani bt Dahlan(ummihalimaton.blogspot.com)...Pelbagai kisah tentang dua orang murobbi kita yang telah kembali ke rahmatullah(Ustaz Dahlan dan Ummi Halimaton) di muatkan di sini..Kisah ini ditulis oleh anak mereka sendiri.Pelbagai pengajaran dan tauladan yang dapat kita kutip...Blog yang telah mengalirkan berjuta titisan air mata oleh setiap yang membacanya..Kisah perjalanan hidup Allahyarham Dato' Mudir kita dan juga isteri beliau,guru yang amat kita kasihi....

Allahyarhamha Ummi Halimaton bt. Hussain
dan Ustaz Dahlan Mohd. Zain





  

Indahnya Ukhuwwah berlandaskan IMAN

Saujana alam damai di latifah Rabbani,mengiringi aku meniti Alif ila ya,menghirup Mestica embun di Matri,berjuang dalam Saff-one bestari,mencari Durrani berharga buat mengukukuhkan Aeman di jiwa,supaya aku Devotees pada setiap suruahnNya,terlalu 'Amar makruf dan suka pula memberi Nowseeheart,kita teman ideal,Brothers yang setia,susah dan bahagia,Unicnya lagenda kisah itu,seInteam ukhuwwah yang terbina,moga kekal selamanya Dehearty mengharap Huda dari Ilahi,menujah Firdaus yang diimpi dan deretan Wildan menanti,menghirup Raihan abadi...

Tasik Melati - IMGIKOKE4KFQ7.jpgTasik Melati - IMGNETRSV59UZ.jpg

Monday, November 8, 2010

Dah boleh balik rumah!!!

Alhamdulillah..banjir dah mula surut..kawan2 pun dah boleh balik rumah masing2...seronoknya..kawan2 yang rumah kena banjir,tabahkanlah hati ya!!!!rajin2lah tolong emak dan ayah membersih rumah.Kepada kawan2 yang tak terkena banjir-orang Johor,K.L,Selangor,Perak,Sabah dan Sarawak,bersyukurlah!
Tapi jangan seronok sangat..Ingat2 sama kawan2 yang terima musibah ni...Doakan supaya Allah bagi mereka kekuatan untuk tempuh semua ni.Ameen..Cuti ni rajin2lah tolong mak ayah..jangan asyik main saja.mentang2 dah habis PMR,enjoy sakan..Ingat2lah,jaga HDA..pesanan cikgu2 masa kalimah akhirah ambil buat pedoman...Tarbiayah jangan ditinggal,teruskan mencari..Hadirkan diri di majlis2 ilmu..Banyakkan membaca buku2 Tarbawi..dan jangan lupa buat preparation untuk tahun depan..form4 kena serius belajar..buat persiapan mental,fizikal untuk menghadapi tahun depan..banyak perkara nak kena urus..Itulah sebabnya MATRI bagi cuti yang panjang kepada tingkatan 4...Untuk buat preparation selengkapnya...semoga berjumpa lagi..

Musolla Matri yang amat dirindui


Saturday, November 6, 2010

KAwaN oH kAWaN

Kata seorang kawan kami ni,"kita nak sangat jadi dan ada sahabat yang selalu ingatkan kita tentang Allah..kalau awak tak dapat kawan yang nak ingatkan awak tentang Allah,cuba awak yang jadi seorang kawan yang ingatkan orang lain dengan Allah ok!!!chaiyok2...ingat,jangan lagha!!Allah selalu tengok kita...ingatkan yang lain,walaupun kita ni tak lah baik sangat tapi kita kena juga ajak orang lain untuk ingat dekat Allah..bukan asyik seronok saja..kita masing-masing ada tanggungjawab..amar ma'ruf,nahi mungkar..satu lagi,Allah sayang awak!!!ingat tau!"....

p/s:sekadar perkongsian pengalaman yang ada
"sebenar-benar sahabat ialah apabila sahabatnya melakukan kejahatan,maka dia menegur"-mafhum hadith

        

Tell Me Why-Declan Galbraith




In my dreams, Children sing
A song of love for every boy and girl
The sky is blue, the fields are green
And laughter is the language of the world
Then I wake and all I see is a world full of people in need

Tell me why,(why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why, (why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why

Every day, I ask myself
what will I have to do to be a man
Do I have, to stand and fight
To prove to everybody who I am
Is that what my life is for?
To waste in a world full of war

Tell me why, (why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why,(why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why (Tell me why)
Tell me why (Tell me why)
Tell me why (Tell me why)
Just tell me why (why, why, why)

Tell me why, (why) does it have to be like this
Tell me why, (why) is there something I have missed
Tell me why, (why) cause I don't understand
When so many need somebody
We don't give a helping hand
Tell me why (Why why, does the tigers run?)
Tell me why (Why why, do we shoot the gun?)
Tell me why (Why why, do we never learn?)
Can someone tell us why we let the forests burn

(why why do we say we care?) tell me why
(why why do we stand and stare?) tell me why
(why why do the dolphins cry?) tell me why
can someone tell us why we let the ocean die

(why why if we're all the same?) tell me why
(why why do we pass the blame?) tell me why
(why why does it never end?)
can someone tell us why we cannot just be friends

(why why do we close our eyes?)
(why why do we really lie?)
(why why do we fight for land?)
can someone tell us why cause we don't understand

why why?

Friday, November 5, 2010

Indahnya saat itu

boys.jpg

Berlari berkejaran
Indahnya detik2 kita bersama
Tak mungkin ku lupa
Susah payah
Kita harungi
Tanpa mengenal erti
Keputus asaan
Pertama kali
Mengenal dirimu
Ku yakin
Kau akan menyempurnakan
Hidupku yang
Kosong,gelap dan suram
Kerna kepercayaanku
Padamu
Kulihat sesuatu
Yang istimewa
Yang mampu
Membuatkan jantungku
Berdegup kencang
Yang membuat
Hidupku ceria
Kini kita terpisah
Demi menggapai cit2
Di atas jalan
Yang satu
Ku harap
Kita akan
Bertemu lagi
Di satu persinggahan
Yang tidak dapat
Di ramal penghujungnya
Dan ku harap
Kita akan terus
Istiqamah berada
Di atas jalan
Da'wah Tarbiyah Islamiyah
Dan ku breharap
Agar kita
Tidak melemparkan
Semua emas yang
Kita lombongi
Di Ma'had itu...
Indahnya saat kita bersama
Ku pasti merindui saat itu...

Thursday, November 4, 2010

Baliiiikkkk!!!!

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Matri bagi sessi 2010..Semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah.Yang dekat mahupun yang jauh..Ini kerana,negeri yang terletaknya Matri ini dilanda banjir.Jadi semua pelajar Matri dibenarkan pulang secara mengejut....Berita ini kami terima pada waktu pagi,hari ini...Betapa gembiranya pelajar Matri akan berita itu,tidak tersebut oleh mulut dan tidak terbayang oleh mata tapi terdengar oleh telinga kerana keterujaan mendapat 'durian runtuh' itu...Tapi keadaan ini tidak berlanjutan kerana pada sesi kalimah akhirah,Ustaz Yazib Noh telah mengingatkan kami semula akan kealpaan kami.Ustaz Yazib mengatakan bahawa kita tidak seharusnya berasa gembira kerana ramai lagi insan di luar yang mengalami kesusahan kerana banjir dan ketiadaan air...Ini sebenarnya merupakan ujian dari Allah untuk mengingatkan kami kerana ada segelintir pelajar yang merungut tentang ketiadaan air...Jadi banjir dan ketiadaan air ini merupakan ujian dari Allah dan kita harus melihat hikmah di sebalik ujian ini..Dan ini semua dinamakan 'TARBIYAH'!!!
lautan tak bertepi
Perubahan pandang darat..sawah padi~sungai
Masjid Putra,Kangar
banjir bi Balai Baru-Kangar

Tuesday, November 2, 2010

KURIBAI~~

today,pemegang blog skarang cma 2 org..ya~
hrp maklum..
   huhu,jdi diharap jika ada sedikit kekeliruan..                    MInTA AMpun yA ibUk2!!
saya,**** sbagai pemegang amanah negara berhad nk melaporkan kgiatan kat MAtri nie..

just want to remind people,kal0 la ade ape2 artikel yg k0rang rase menarik unt0k letak kat sini,just LETAK JE~~bgi yang ada blog la..yang  xde bleh email kat kite (littlezie34@gmail.com)or nasy(tanye la die sndrik erk)

*pengumuman di atas khas untuk tingkatan 3 PUTERI shj..


itu shja dri kami..yang agak kepeningan nk bubuh pa kat sini.. hurgh~~

selamat tggal!

Sunday, October 31, 2010

Hijjaz - Dilema



Kepada para mujahidah Islam,ambillah iktibar dan pesanan dari lagu ini.Amalkanlah dalam kehidupan seharian kita.Buang yang keruh,ambil yang jernih.Ingat,paling ramai yang menghuni neraka ialah wanita dan SEINDAH hiasan dunia ialah wanita Solihah.



Friday, October 29, 2010

Rahmat Ujian - Mestica



Hayatilah lagu ini..kepada para pemimpin yang menghadapi kesukaran,ingatlah,Allah sentiasa menyayangi kita.Tiada apa yang harus disedihkan..Allah uji kita tanda Allah sayang dan cinta terhadap kita.Bersyukurlah dan tabahlah...Allah never live you..And we never leave you behind.

Sunday, October 17, 2010

Ya Allah,inikah ujianMu??!!!!

Kepada para pembaca,diharap dapat menghadirkan hati bersama-sama ketika membaca kisah ini..Ini adalah kisah benar yang terjadi kepada kawan kami,Rabiatul Adawiyah Bt. Saad...(9.10.2010)

Rabiatul dan kawan2-jamuan di rumah c.rozita-
habis last paper PMR-paper B.A...
moga Allah bagi  kekuatan..sahibahku

Kelas 3pAsiah sunyi,pilu tanpa sebab......
....Ketika sedang khusyuk menelaah buku untuk peperiksaan hari Isnin(11.10.2010),2 orang pelajar ting.1 datang ke kelas 3pAsiah dan memanggil,"kak Rabiatul Saad ada tak?","abang ipar dia mai".Kelas 3pAsiah riuh dan ada suara yang mengatakan,"waa,Rabiatul,syok la tu abang ipar dia mai","syoknye Rabiatul"..Rabiatul ke pejabat ditemani oleh Siti Mariyam.Sampai sahaja di pejabat,Rabiatul terus bertanya abang iparnya..."kenapa,ada orang meninggal ka?"..Dengan pandangan yang suram ke arah Rabiatul abang iparnya mengangguk sayu.....Hati kecilnya pilu,tanpa disedari air hangat mengalir membasahi pipi lembutnya.Siti Mariyam yang menanti di luar pejabat tertanya-tanya..Dengan penuh tanda tanya Siti Mariyam melangkah masuk ke dalam pejabat.Melihat keadaan Rabiatul yang diselubungi air mata,pantas Mariyam bertanya,"kenapa Rabiatul,ada orang meninggal ka?".Rabiatul terus menangis tanpa menghiraukan pertanyaan Mariyam.....Sekembalinya ke kelas,semua pelajar 3pAsiah tercengang.Apa yang terjadi??kenapa Rabiatul menangis??Selepas seketika,Mariyam memberitahu seorang kawan bahawa..."ayah Rabiatul meninggal"....innalillahiwa inna ilaihi roji'un.........Buat pertama kali kelas 3pAsiah  sunyi-sepi tanpa bicara.Yang kedengaran ketika itu hanyalah bunyi kipas syiling...Beberapa saat selepas itu,dapat dilihat titisan air mata mengalir di pipi pelajar 3pAsiah.."Ya Allah,exam tak habis lagi"..Ya Allah,kuatkanlah dia"..Al-Fatihah..Hanya itu yang terungkap di bibir mereka.Pelajar-pelajar 3pUmmu Aiman telah diberitahu berita itu.Mereka datang ke kelas untuk memberikan kekuatan kepada Rabiatul.Sebelum pulang ke rumah,hampir semua pelajar ting.3 puteri Matri bersalaman dengan Rabiatul dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.Pelajar 3pAsiah dan 3pUmmu Aiman menghantar Rabiatul dengan linangan air mata dan sekudus doa......YA ALLLAH,JANGANLAH ENGKAU UJI KAMI DENGAN APA YANG TIDAK TERTANGGUNG OLEH KAMI..AMIN...SESUNGGUHNYA ENGKAU BENAR-BENAR TIDAK MEMUNGKIRI JANJIMU..





....................................................................................................................................................................
 Ya Allah,sungguh besar ujianMu...satu demi satu Engkau panggil menghadapMu.Dan kini insan-insan yang terhampir dengan kami Engkau panggil jua..murobbi tercinta,ayah kawan kami....mereka semua saudara kami..Ya Allah,tabahkanlah hati mereka dan hati kami.Sesungguhnya kami tidak kuat menempuhnya tanpa pertolonganMu,Ya Allah....Ya Allah,kuatkanlah iman kami....amin....

Ingat!!!! kematian bila-bila masa,tidak dapat dijangka..

Tahun ini merupakan tahun kematian terbesar bagi warga Matri.Dimulai dengan kematian bekas pelajarnya Allahyarhamha K.Jannah Sani disusuli pula oleh Allahyarham Sir Yahya Ismail,Allahyarhamha ibu kepada ust Mahadzir(warden putera),Dato' Kaya Bakti Al-Fadhil Allahyarham Ustaz Dahlan Mohd Zain..Dan yang terkini emak kepada kakak khassah dua Kemboja yang akan mengambil STAM pada 18.10.2010(Isnin)dan ayah kepada kawan kami sendiri yang sedang mengambil PMR telah dipanggil pulang menghadap kekasih sejati pada 9.10.2010(Sabtu).

kubur ustaz dahlan
kubur ALLAHYARHAM UST. DAHLAN...DATO' MUDIR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...