Thursday, November 4, 2010

Baliiiikkkk!!!!

Hari ini merupakan hari terakhir kami di Matri bagi sessi 2010..Semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah.Yang dekat mahupun yang jauh..Ini kerana,negeri yang terletaknya Matri ini dilanda banjir.Jadi semua pelajar Matri dibenarkan pulang secara mengejut....Berita ini kami terima pada waktu pagi,hari ini...Betapa gembiranya pelajar Matri akan berita itu,tidak tersebut oleh mulut dan tidak terbayang oleh mata tapi terdengar oleh telinga kerana keterujaan mendapat 'durian runtuh' itu...Tapi keadaan ini tidak berlanjutan kerana pada sesi kalimah akhirah,Ustaz Yazib Noh telah mengingatkan kami semula akan kealpaan kami.Ustaz Yazib mengatakan bahawa kita tidak seharusnya berasa gembira kerana ramai lagi insan di luar yang mengalami kesusahan kerana banjir dan ketiadaan air...Ini sebenarnya merupakan ujian dari Allah untuk mengingatkan kami kerana ada segelintir pelajar yang merungut tentang ketiadaan air...Jadi banjir dan ketiadaan air ini merupakan ujian dari Allah dan kita harus melihat hikmah di sebalik ujian ini..Dan ini semua dinamakan 'TARBIYAH'!!!
lautan tak bertepi
Perubahan pandang darat..sawah padi~sungai
Masjid Putra,Kangar
banjir bi Balai Baru-Kangar

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...