Seorang pemanjat kelapa sedang berada dalam keadaan yang sangat bahaya.Ketika dia berada di puncak pokok kelapa,ribut melanda berserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir,tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang terjuntai.
Keadaannya" seperti telur di hujung tanduk ".Dalam keadan yang genting itu dia berseru,"Ya ALLAH,selamatkanlah aku daripada jatuh.Jika selamat,aku akan sedakahkan seekor lembu kepada orang miskin.''
Sejurus kemudian,tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok.Namun ribut masih bertiup kencang.Walaupun keadaannya agak lebih baik daripada sebelumnya,tetapi dia masih lagi belum selamat.Dia berpaut sekuat hatinya pada sebatang pokok,dia berseru lagi,"Ya ALLAH,sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh,aku akan sedekahkan seekor kambing kepada orang miskin."
Setelah bersusah payah,dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok kelapa.Harapannya untuk selamat kian cerah,walaupun angin ribut masih bertiup kencang.Kali ini dia berseru lagi,"Ya ALLAH,jikalau Engkau selamatkan aku,aku akan sedekahkan tiga ekor ayam."
Akhirnya,dia berjaya sampai pada kedudukan yang lebih rendah,dan doanya berubah lagi,"Ya ALLAH,sekiranya aku selamat,aku akan sedekahkan seekor ayam."
Ribut telah berhenti,dan dia telah berada pada kedudukan yang selamat.dia pun melepaskan tangannya daripada batang pokok lalu berpura-pura jatuh."Ya ALLAH,rupa-rupanya aku jatuh juga.Maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun!"
PENGAJARAN
Dalam keadaan susah,manusia sering ingatkan ALLAH tetapi apabila senang, manusia mudah melupakanNYA.Ironnya,apakah kita tidak malu mengharap bantuan ALLAH ketika susah sedangkan sewakti kita senang,kita melupakanNYA.?
No comments:
Post a Comment