Thursday, December 30, 2010

Hidupkan Azam Yang Telah Tidur

"Jangan disesali segala yang berlaku.Jadikan semua itu sebagai pengajaran paling berguna.Apa yang telah berlaku sekarang segalanya telah ditentukan oleh Allah,"kata abah kepada adik Aidatul.
      " Benar kata abah kamu itu,Aidatul.Yang berlaku biarkan ia terus berlalu pergi.Utamakan yang sekarang.Aidatul jangan ulangi lagi kesilapan masa lalu.Sabda Rasulullah SAW,'Orang yang melalui satu jalan, kemudian dipatuk ular dan dia melalui jalan tersebut untuk kali keduanya dan kamudian dipatuk ular yang sama,maka dia adalah orang yang bodoh',"kata ibu pula dengan rasa kasih dan sayang terserlah di riak wajahnya.
      Papp!Tersedar adik dari lamunannya dek kerana terdengar bunyi pintu rumah dikuak.Pastinya abang sudah pulang.Fikir adik sambil ningkas bangun dari katil empuknya lalu melangkah turun ke bawah mendapatkan abang.Disebelah abang,adik melabuhkan pinggulnya.
     "Kenapa muka adik masam nencuka?"abang memulakan bicara.
     "Adik sedih dengan keputusan percubaan PMR yang adik dapat.Kawan-kawan adik semuanya dapat capai target yang mereka nak capai.Tapi adik cuma dapat 1A4B3C1D.Adik takut adik akan gagal dalam PMR nanti,"jawaban adik benar-benar mencerminkan kesedihan.
     "Tak mengapalah,dik.Abang faham situasi yang adik alami.Abang juga pernah mengalami semua ini.Tapi abang kuat dengan sabda Rasulullah SAW kepada Abu Bakar As-Siddiq dan telah pun dicatatkan di dalam Al-Quran dalam surah At-Taubah,ayat 40'...ketika itu dia(Muhammad) berkata kepada sahabatnya"Janganlah engkau bersedih,esungguhnya Allah besama kita".Masih ada peluang untuk adik perbaiki kesilapan yang telah adik lakukan demi menjana kejayaan dalam PMR nanti,'balas abang dengan penuh simpati.
      Abang Hakimi sebagai abang sulung,memang cukup simpati dengan apa yang adik lalui kini.Maklumlah,antara adik dan abang Hakimi memang cukup intim.Keputusan percubaan PMR adik sememengnya memeranjatkan semua orang.Apa tidaknya.Adik acapkali mendapat keputusan yang cemerlang di dalam kelasnya.Masakan boleh mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan percubaan pula.Hairan bin ajaib.Kita merancang Allah juga merancang.Kemudian Allahlah yang menentukan segala-galanya.Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.Kini,kawan-kawan adik sering mempersendakannya pula.
      "Hahaha...sebab kau belagak sangatlah kau dapat keputusan teruk.Hahaha...".Perlian mereka disulami dengan alunan tawa yang memecah kesunyian kelas.Kesedihan kembali menyelubungi adik.
      "Adik,'Sungguh ajaib dalam urusan Mukmin!Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang Mukmin.Sekiranya dia diberi dngan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur,maka kebaikan baginya dan sekiranya dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar,maka kebaikan baginya'(Riwayat Muslim),"ujar abang dengan panjang lebar pada suatu malam.Senyuman kembali terukir indah dibibir adik.Hati abang mula lega.
      Abang Hakimisememangnya benar-benar mengharapkan adik turut berjaya sepertinya dalam pelajaran dunia dan pelajaran akhirat juga.Pastinya abang ingikan adik mengikut jejak langkahnya yang kini belajar di menara gading.
     Abang,abah dan umi makin risau melihat perilaku adik yang mula berubah.Dari seorang pelajar yang rajin menjadi pelajar yang malas.Malah malas juga untuk membaca Al-Quran.Solat juga sering dilengah-lengahkannya.Pasti ada yang tidak kena.Harapan abah dan umi pada adik sangat tinggi menggunung iaitu ingin melihat adik menjulang kejayaan dalam pelajarannya dan menjadi anak solehah.Ini kerana hanya dengan ilmu saja yang mampu menentukan kehidupan pada masa akan datang.
      "Hanya ilmu saja yang mampu abah dan umi berikan untuk anak-anak.Apabila anak-anak berjaya,kalian juga yang bakal peroleh keuntungannya.Sesungguhnya Allah telah berfirman dalam Al-Furqan surah Al-Mujadalah,ayat 11,'Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu itu beberapa darjat',"ujar abah pada suatu malam yang hening dan syahdu.
      "Sebab itu,umi dan abah mahu melihat anak-anak semua jaga hubungan dengan Allah dan belajar bersungguh-sungguh agar kamu semua akan berjaya di dunia dan di akhirat kelak.Insyallah,"kata umi dengan nada yang penuh bersemangat.
      Sememangnya abah dan umi tidak pernah berhanti mendoakan kejayaan kami,anak-anak mereka.Sesungguhnya doa itu senjata Muslim.Oleh sebab itu,apabila adik menampakkan perubahan dalam dirinya dan kemerosotan dalam pelajarannya,membuatkan abang,abah dan umi semakin runsing.
     Tetapi,Alhamdulillah adik kini sudah sedar akan kesilapannya tempoh hari.Adik juga telah mengakuinya.
     "Mulai saat ini dan detik ini,adik berjanji pada diri adik sendiri bersaksikan Allah Yang Maha Esa,adik akan bina azam baru.Adik akan menjaga hubungan dengan Allah,abang,abah,umi dan kawan-kawan.Adik akan rajin mengaji Al-Quran,solat menepati waktu dan yang paling penting sekarang ini,adik akan belajar besungguh-sungguh,"ujarnya sambil tersenyum manja.
     "Adik akan bawa balik sekeping sijil untuk umi,abah dan abang,"tambahnya lagi.
     Keinsafan adik terserlah dalam dirinya membuatkan abang,abah dan umi mampu mengukuikan senyum lega di wajah mereka dek kerana gembira dengan perubahan adik.
                                                                            ++++++++++
6 Ogos 2010-12 Ogos 2010
     Peperiksaan PMR berlangsung.
23 Disember 2010
     Debaran kian terasa oleh para pelajar tingkatan 3 dan pada hari ini mereka akan berdepan dengan keputusan yang bakal mereka terima.Termasuk adik.Kekuatan fizikal dan mental telah pun dibinanya selama ini.Langkah diaturnya terus menuju ke pejabat.Beratur menunggu giliran.Dan kini tiba masanya.Slip diberi dan diambilnya.Lalu sepasang matanya fokus di slip tersebut.Senyuman terukir indah.Alhamdulillah lafaz dihati.
     "Abang,adik dapat 8A1B,"katanya penuh gembira.Abang pantas mendapatkannya.Dikeluarkan sesuatu dari koceknya.
     "Untuk adik.Abang tahu adik abang mampu berjaya.Walaupun adik dapat 1B,adik kena bersyukur juga.Semua itu Allah yang bagi,"nasihat abang.
     Dan hari merukan hari paling bahagia dalam hidup adik.
                                                          TAMAT

1 comment:

  1. slm..ni kisah benar ka??mcm biasa dengar kisah ni...terjadi pada kawan saya..masa pcubaan pmr dia dpt 1a..tp masa pmr dia dpt 8a 1b..cuma yg bezanya kawan saya kakak sulong..bukan adik..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...