Rabiatul dan kawan2-jamuan di rumah c.rozita- habis last paper PMR-paper B.A... moga Allah bagi kekuatan..sahibahku |
Kelas 3pAsiah sunyi,pilu tanpa sebab......
....Ketika sedang khusyuk menelaah buku untuk peperiksaan hari Isnin(11.10.2010),2 orang pelajar ting.1 datang ke kelas 3pAsiah dan memanggil,"kak Rabiatul Saad ada tak?","abang ipar dia mai".Kelas 3pAsiah riuh dan ada suara yang mengatakan,"waa,Rabiatul,syok la tu abang ipar dia mai","syoknye Rabiatul"..Rabiatul ke pejabat ditemani oleh Siti Mariyam.Sampai sahaja di pejabat,Rabiatul terus bertanya abang iparnya..."kenapa,ada orang meninggal ka?"..Dengan pandangan yang suram ke arah Rabiatul abang iparnya mengangguk sayu.....Hati kecilnya pilu,tanpa disedari air hangat mengalir membasahi pipi lembutnya.Siti Mariyam yang menanti di luar pejabat tertanya-tanya..Dengan penuh tanda tanya Siti Mariyam melangkah masuk ke dalam pejabat.Melihat keadaan Rabiatul yang diselubungi air mata,pantas Mariyam bertanya,"kenapa Rabiatul,ada orang meninggal ka?".Rabiatul terus menangis tanpa menghiraukan pertanyaan Mariyam.....Sekembalinya ke kelas,semua pelajar 3pAsiah tercengang.Apa yang terjadi??kenapa Rabiatul menangis??Selepas seketika,Mariyam memberitahu seorang kawan bahawa..."ayah Rabiatul meninggal"....innalillahiwa inna ilaihi roji'un.........Buat pertama kali kelas 3pAsiah sunyi-sepi tanpa bicara.Yang kedengaran ketika itu hanyalah bunyi kipas syiling...Beberapa saat selepas itu,dapat dilihat titisan air mata mengalir di pipi pelajar 3pAsiah.."Ya Allah,exam tak habis lagi"..Ya Allah,kuatkanlah dia"..Al-Fatihah..Hanya itu yang terungkap di bibir mereka.Pelajar-pelajar 3pUmmu Aiman telah diberitahu berita itu.Mereka datang ke kelas untuk memberikan kekuatan kepada Rabiatul.Sebelum pulang ke rumah,hampir semua pelajar ting.3 puteri Matri bersalaman dengan Rabiatul dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.Pelajar 3pAsiah dan 3pUmmu Aiman menghantar Rabiatul dengan linangan air mata dan sekudus doa......YA ALLLAH,JANGANLAH ENGKAU UJI KAMI DENGAN APA YANG TIDAK TERTANGGUNG OLEH KAMI..AMIN...SESUNGGUHNYA ENGKAU BENAR-BENAR TIDAK MEMUNGKIRI JANJIMU..
....................................................................................................................................................................
Ya Allah,sungguh besar ujianMu...satu demi satu Engkau panggil menghadapMu.Dan kini insan-insan yang terhampir dengan kami Engkau panggil jua..murobbi tercinta,ayah kawan kami....mereka semua saudara kami..Ya Allah,tabahkanlah hati mereka dan hati kami.Sesungguhnya kami tidak kuat menempuhnya tanpa pertolonganMu,Ya Allah....Ya Allah,kuatkanlah iman kami....amin....
innalillah..
ReplyDelete