Tibanya hari Sabtu nanti genaplah seminggu JDK
2013 melabuhkan tirainya. JDK ada 3 zon, Utara, Timur, dan Tengah. Ada banyak modul yang disediakan untuk
mendidik para pesertanya.
MODUL ANJAKAN PARADIGMA
Dalam modul ini para
peserta diberi pendedahan tentang reality masyarakat dan kesedaran agar
menyedari peranan sebenar seorang remaja. Modul ini digubah sedikit pada tahun
ini dengan menggunakan pendekatan yang agak santai tapi masih tarbawi. Teknik ini
amat sesuai agar peserta mendapat input walaupun dalam keadaan santai. Ana rasa
ramai yang mula tersentuh dengan modul ini dan ada yang mula menyedari peranan
kita sebagai pemudi. Namun kesedaran tidak mencukupi seandainya tidak
disertakan dengan tindakan. Justeru kita harus bertindak!!
MODUL KEMAHIRAN INSAN DAN PROFESIONAL
Sebagai manusia yang
juga digelar insan,pelbagai kemahiran yang perlu kita lengkapkan dalam diri
kita. Dalam modul ini kami didedahkan dengan pengurusan acara di mana di dunia
IPT nanti kita akan melaksanakan program dalam sesebuah persatuan. Modul ini memberi
tip2 yang berguna buat para peserta meskipun ada segelintir yang sudah
berpengalaman dalam mengendalikan
sesuatu program.
Pengurusan masa juga
penting agar tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita dapat dilaksanakan
dengan baik. Urusan2 kita perlu dibahagikan kepada PENTING DAN SEGERA, KURANG
PENTING TAPI SEGERA, KURANG SEGERA TAPI PENTING dan KURANG SEGERA DAN KURANG
PENTING. Kerana itu kita perlu letakkan keutamaan dalam mengendalikan masa.
Pengurusan diri
seorang muslim terbahagi kepada akidah, ibadah dan akhlak. Sebagai muslim
soalakidah wajib settle dan tidak dicampur adukkan dengan fahaman yang lain. Dari
aspek ibadah kita kena faham segala yang dilakukan dengan ikhlas dan menepati syara’
dikira ibadah. Justeru apa2 pun yang dilakukan biarla menjadi ibadah. Dari sudut
akhlak kita harus berakhlak dengan akhlak muslim dan menjauhi sifat mazmumah.
Kemahiran pengucapan
awam penting bagi seorang muslim. Muslim wajib melaksanakan dakwah, sebagai dai’e
kemahiran ini penting untuk menyeru manusia kepadaNya. Alhamdulillah, setelah
dilatih, terdapat mereka2 yang sememangnya punya potensi namun kurang yakin
diri. Maka, gilaplah potensi yang ada dan binalah keyakinan diri.
MODUL KEPIMPINAN
KEMASYARAKATAN
Para peserta telah
didedahkan dengan kefahaman2 agama2 lain yang terdapat di Malaysia seperti
Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Melalui modul ini peserta dibina
keberanian untuk berdakwah kepada non-Muslim. Keinginan untuk berkawan dengan
nonoMuslim diterap dan peserta juga diingatkan agar tidak menyisihkan mereka.
Ayuh, sama2 kita melakukan kepada non-Muslim kerana mereka berhakuntuk
mendapatakan hidayahNya.
Dalam modul ini juga
kami diberi pendedahan tentang pengurusan jenazah, Cara pemandian jenazah. Kafankan
jenazah, dan pengebumian jenazah.
MODUL KECERGASAN DAN REKREASI
Modul ini menekankan
kepada para peserta pentingnya kecergasan bagi seseorang muslim. Hal ini juga
kerana Allah lebih mengasihi mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah.
Tubuh badan yang sihat juga merupakan salah satu daripada 10 muwasafat tarbiyah.
Kami juga didedahkan
denagn teknik pemasangan khemah jenis A shape, memasak menggunakan lilin askar,
ikhtiar hidup dalam hutan. Slot jungle trekking juga tidak ketinggalan! Bagi zon
utara, Allah beri kelebihan untuk merasai pengalaman berflying fox! Alhamdulillah..
MODUL KTD
Memberi pengenalan
awal mengenai Kolej Teknologi Darulnaim. Pihak penganjur amat bijak mengolah
modul agar lebih menarik dengan mengadakan slot ‘running to ktd’ di mana
diadakan 5 checkpoint yang memerlukan para peserta menyelesaikan 5 game bagi mendapatkan ‘hint’ untuk menjawab
kuiz ktd.
MODUL KHIDMAT MASYARAKAT
Melatih kami untuk
bersedia berkhidmat kepada masyarakat. Kami ditugaskan untuk melakukan aktiviti
gotong-royong di dewan kampung, di surau dan di tanah perkuburan. Selepas itu,
kami dibawa ke rumah orang2 kurang mampu untuk menziarahi mereka dan menghulur
sedikit sumbangan. Kami juga didedahkan dengan Misi Kemanusiaan dan Misi
Kerelawanan.
MODUL ASAS KEWANITAAN
Ini merupakan modul
khas buat yang bergelar wanita! Diajar jahitan2 asas seperti kia, jelujur,
sembat dan sebagainya. Diadakan pertandingan memasak. Dan juga slot busana
muslimah bagi menguji kefahaman peserta tentang penjagaan aurat wanita.apa yang
oleh dan apa yang tidak boleh.
Sebenarnya banyak perkara yang ingin dikongsi dan dicoretkan.
Namun masa tidak mengizinkan. Nasihat ana buat peserta2 JDK 2013 tidak kira
dimana zon yang ada hadiri, praktikkan segala ilmu yang diperoleh kerana ilmu2
itu berguna bagi menempuh cabaran yang akan datang. Kelebihan yang Allah
kurniakan di tempat2 masing2 bukanlah untuk dibangga2kan tetapi untuk dirasai
kemanisan berukhuwah keranaNya dan agar kita merasa beruntung dipilih menyertai
JDK2013!
Nota: Maaf andai
terdapat kekurangan dalam post kali ini. Ini post pertama ana dalam blog ini. Bahasa
yang digunakan juga mungkin memeningkan dan pelik. Sudah lama tidak mengarang
selepas habis SPM ^_^ Selamat Membaca dan Mengambil Pengajaran!
No comments:
Post a Comment