Friday, September 17, 2010

Nahnu khalifatul ard

Saf para mujahidah yg bakal menggegarkn dunia dgn akhlak Islamiyah.
takbir,Allahu Akbar!!!!!!!!!
Assalamualaikum...tadi baru terbaca tentang imam muda,agak ketinggalan,tapi bak kata kawan kita"jangan pernah ada terlambat".maksudnya,sentiasa ada kesempatan.Bila baca tentang imam muda,rasa tersentuh hati ini.Apa yang IM Asyraf cakap sungguh besar praktikalnya.Dia bercita-cita untuk mengubah persepsi masyarakat sekarang bahawa imam bukanlah hanya golongan orang tua-tua sahaja,malah orang muda-muda juga boleh jadi imam.Ini bertepatan dengan apa yang MATRI ingin lahirkan..Itu sebabnya ustaz Abdul Hadi selalu tegur imam yang ada melakukan kesalahan masa jadi imam,terutamanya aspek bacaan..Ada yang jelous bila fikirkan yang kita ini kaum wanita mana mungkin jadi imam,sekaligus tidak dapat menonjolkan akhlak islami..Di sini ingin ditegaskan bahawa perspektif itu sama sekali salah!!!Walaupun kita tidak boleh menjadi imam dan tidak menonjol pada masyarakat,kita masih ada tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini."Setiap dari kamu adalah ketua,dan kamu bertanggungjawab atas apa yang dipertanggungjawabkan ke atas kamu"..Nah,ayat ini menegaskan bahawa bukan imam sahaja yang boleh menyampaikan risalah Islam,tetapi setiap dari kita.Oleh itu,sebagai penyampai risalah Islamiyah,kita seharusnya menunjukkan akhlak yang baik terhadap masyarakat sekeliling kita,senior,junior mahupun sahibah-sahibah kita sendiri.Dan bukan hanya orang baik sahaja yang perlu menyampaikan risalah Islamiyah ini,kerana jika mahu ditunggu semua orang jadi baik,hatta mata???no body is perfect.So,"islah nafsaka wad'u ghoiroka"!!!perbaikilah diri kamu dan serulah orang lain...let us do it together.. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...