Thursday, June 7, 2012

tika itu..

assalammualaikum..

lama dah tak post kat sini.. apa khabar iman antum ?? insya Allah cuti ini memberi sedikit mahupun banyak hikmah yang Allah berikan buat hamba-Nya yang beriman,insya Allah ..anyway , saya di sini nak share sedikit sahaja.. bak kata azie-ops~ sharing is caring.. :)

anyway , sebelum cuti .. Matri selalu sediakan tamrin buat para pelajar.. ye lah , tak nak bagi pelajar Matri terleka yang teramat kan ~nak tahu tentatifnye?? maafla kalau tentatif ini tak menyeronokkan sebab awak semua akan membacanya mengikut sistem bacaan karangan ..

hari guru pg tu start dgn assembly...wktu assmbly tu ada persembahan sajak,balas pntun(guru n plajar)-ptra/ptri,psmbahn nasyid,sajak oleh cikgu n penyampaian hadiah...kemudian ada sukaneka..game dia x ingat..tp yg syoknya,cikgu2 pon joined jugak...pas2 lepas zohor a dalam sejarah Matri , da debat ibrah...mlm,tygn...esk tu(khamis)tamrin start dgn explorace...ada 6 checkpoint...-cri bnda trsnbunyi kt pdg huffaz,main bola jaring gna bola tenis kt turf hockey,mrgkak cm askar kt parking bus,silat kt pdg bwah yg bsar,mmasak kt pdg hockey lama,lengkapkn puzzle bisu kat datarn(bleh ckap subhanallah,alhamdulillah n allahuakbar ja) then last skali solah dhuha n tadabbur al-Quran kat pdg ikhlas...lps zohor,amal jama'ie klas..ptg,amal jama'ie dorm,mln tu ada kenangn dn harapn alumni bsama k.nik nadiah n m.ck hayati musa...jumaat,amal jama'ie asrama n lastly,kalimah akhirah yg bset sgt2....

ha, yang kat atas tu secara roughly la.. just nak kembangkan beberapa point je..

tahun ini merupakan tahun pertama kita buat hari guru pada waktu pagi .. wah , Pagi Kemuncak Hari Guru... statement yang baru didengar sepanjang hidup kat Matri .. yang menariknya ada set pantun bersama pelajar putera dan guru lelaki, pelajar perempuan dengan guru perempuan ;

guru lelaki : cikgu Omar yaakob

                  cikgu Azizan Talib
                 
                 
guru perempuan : cikgu Zaiton
                          
                            cikgu Syarifah


seronok!! kalau ada camera video time tu.. memang akan dirakam sampai habis...
cikgu Azmi Bahari pun ada jugak menyampaikan sajak buat pelajar Matri, selaku wakil daripada guru..
Di Jendela Ini

Di jendela ini

ku menyaksikan keruntuhan bangsa
menangisi hilangnya peribadi ummat
... Dan luntur luluhnya IMAN
Di ulit kemewahan, diragut kepapaan

Di jendela ini
Kuratapi kematian jiwa
Hancur runtuh rumahtangga
Terbiar terkapar anak-anak bangsa
mengais secebis identiti
menyudu kehormatan dan harga diri
Dicelah runtuhan sebuah kehidupan.

Tiada lagi kebahagiaan
pudar sudah lirikan senyuman
Bila diri lupa jalan pulang
pada Pemilik jiwa dan kehidupan

Tiada lagi kelapangan hati
pada mahligai tersergam berdiri
Apabila insan lupa diri
Hidup sekadar nafsu nafsi

Tiada lagi kelazatan jiwa
pada sajian hebat di meja kehidupan
bila hati tak mengenal Pencipta
Pemilik diri dan semesta alam

Maafkan guru mu
anak-anak tercinta
Lama ku berdiri di jendela
lupa dirimu semakin dewasa
nasihatku melimpah dalam bicara
tapi tiada hikmah dalam kata-kata

Maafkan guru mu
anak-anak tercinta
terleka jiwa ku dijendela
terlupa dirimu manusia biasa
tidak suka dikongkong jasad dan jiwa

Hanya satu harapan dicita
Dirimu terpelihara diluar sana
Indah pekertimu menyeri dunia
Membimbing manusia pada Pencipta


pelajar ?? ada nasyid, sajak dan beberapa lagi yang saya sendiri pun tak ingat .. tapi sangat seronok.. kenangan yang tak mampu kita lupakan seumur hidup..

penyampaian hadiah pun sangat best .. macam nak bagi hadiah kat orang kahwin tu, tapi bahagian putera no comment la.. bak kata MC hari tu , pelajar puteri sistematik lagi .. :) boleh nangis time tu.. to all f5, bila lagi kita nak bagi hadiah kat cikgu macam tu?? romantik tau ..


kemudian ada sukaneka.. mintak maaf lah x ingat sangat la apa yang jadi tapi , gempaknya cikgu pun join sekali.. pergh.. hebat la cikgu MATRI~!


haa, about debat ibrah .. mengikut platun kan?? ingat lagi tak?? sangat hebat sahabat-sahabat and adik-adik kita menangkis kata-kata lawan mereka.. bermadah bicara seperti kilat la, anai-anai la, tin kosong .. macam-macam...dan tak sangka pemikiran pelajar Matri dibuka dengan debat .. debat sangat merangsang minda kalau nak tahu la...

tajuk ??  ADAKAH MATRI SUDAH MENCAPAI OBJEKTIF PENUBUHANNYA??

Explorace??? xnampak macam explorace.. tapi aktiviti memang power lah!!

1. cari barang tersembunyi .. dah la kecik-kecik bertanda.. mak aih , susah .. tapi Alhamdulillah ada jugak yang berjaya mencari kesemuanya.

2.main bola jaring guna bola tenis kat turf hockey,merangkak macam askar kat parking bus.. boleh percaya yang kita dah buat 1/7 daripada aktiviti askar?? dengan airnya yang menyegarkan selepas bermain ..

3.lengkapkan puzzle bisu.. bayangkan cuma cakap subhanallah/alhamdulillah/allahuakbar .. kalau nak mintak puzzle kita kat orang lain??

a: allahuakbar,allahuakbar allahuakbar allahuakbar,?
(eh , B ade x kitorang punye??)
b: Subhanallah Subhanallah Subhanallah
(tak ade la pulak)

hebatkan?? dan selesai jugak.. well bisu tak bermakna tak boleh berjaya kan kan?

4. then slot Rohani ... solat dhuha dan tadabbur Quran .. agak-agak kalau pelajar Matri masuk ustazah pilihan , memang semualah lulus..kita tak perasan kadang-kadang bila ada slot ini dapat meningkatkan rohani kita secara terang-terangan .. tertingkatlah iman kan??

5.amal-jamaie,kemas kelas dan dorm la... bagi kemas :)
kebersihan sebahagian daripada iman kan?

6.Kenangan dan Harapan bersama alumni ..
bestlah time tu..segala-galanya terbongkar.. kisah dahulu ..supaya setiap kesilapan tidak dibuat lagi dan penambah baikkan akan berlaku , insya Allah..
siapa yang hadir??
k.nik nadiah n m.cik hayati musa...
k.Fatimah Adi , Cikgu Norizan kita..
seronok dapat jumpa alumni awal batch, pertengahan batch dan akhir batch ..banyak input pulak tu .. semoga dapat kita amalkan ~

7. Kalimah akhirah yang lain daripada yang lain..

Matri semakin maju dengan infrastruktur, perjalanan program dan sebagainya.. lantas, kita sebagai pelajar .. apa yang kita dapat sumbangkan balik kepada warga Matri dan Matri sendiri??



lots of love from me~


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...