Tuesday, November 29, 2011

Camar Kelukaan-Saff-One.mp4



kenangan kita smua...nanti,kalau salah seorang dari kita patah sayap atau terluka sayapnya,jom sama2 kita tlg rawat ya...jgn biarkn dia...walau dgn sgala kterbatasn,kita cari juga pnawarnya,ok???supaya dia mampu terbang semula,ke langit tinggi,mgapai cita2..bersama2....jgn biarkan dia terbang mlayang bersendirian,kerana dia tidak akn mampu hidup bsendirian...jgn tinggalkn dia mcari arah jalan pulangnya bersendirian,kerana dia mgkn tsilap langkah,tersesat jalan...kalau kita bantu dia bersama,kita sama2 boleh tunjukkan dia jalan yg lurus,jln yg btul,macam yg radar tunjukkan...kita lah yg kena jadi radar kpd dia,pnunjuk jln kpd dia...bkan org lain...not anyone else!!!!

Wednesday, November 23, 2011

sekolah

wah , segarnya  pagi nie!! eh , pagi tadi .. Assalammualaikum buat saudara dan saudari yang sudi melawat ..


 Adakah anda-anda sihat belaka?? kalau sihat Alhamdulillah x sihat pun Alhamdulillah sebab masih lagi diberi kesempatan untuk melihat , memegang mahupun menggerakkan tangan kita ..

hari ini saya nak sharing tentang sekolahku ..

ala , kan baru cuti .. nanti-nantilah cakap pasal sekolah ..

sikit-sikit pasal sekolah , xdek topik lain ke??

actually banyak lagi idea yang bleh disalurkan ... tapi saya rasa post yang nie lebih baik . and I want to share it!!

orang kalau dengar tentang sekolah , of course bosan ,boring dan blurr..tapikan .. di hati orang yang bekerja *yang saya telah survey dalam kalangan family and friends... semua ingin kembali pada zaman persekolahan.. sampaikan ada lagu khas buat sekolah tau..

and again , terdetik di hati saya.. mengapa kita yang sedang belajar tak nak kan zaman persekolahan ?? tell me why~~??

bosanlah belajar ..

then , korang nak keje??

opk0z, dapat duit sendiri ..

hargailah akal yang Allah berikan kepada kalian .. berfikiran jauhlah .. adakah dengan duit tu kita dapat bersenang lenang sedemikian rupa tanpa adanya ilmu di jiwa??
kalau nak mintak saya sediakan listkan apa yang perlu dalam kewangan , meh I tunjukkan ..


  • kena bayar bil elektrik
  • yuran untuk apa2
  • sewa-sewi kereta rumah dan sebagainya
  • beli keperluan rumah dan diri 
  • sedeqah jariah
  • bagi mak ayah duit
  • muka buku dan isi-isinya
  • dll



sebenarnya banyak lagi tapi xnak la tunjuk banyak sangat .. kang xnak kerja pulak .. anyway , hargailah masa persekolahan anda .. di mana masa itulah anda menimba sebanyak-banyak ilmu . mencari kawan. mengenal Tuhan .. hurm .. banyak sebenarnya .. mari kita lihat sedikit makanan rohani kita yang important ..



Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a. ﻋﻨﻬﻤﺎ اﷲ رﺿﻲ beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu.
lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan 
apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. 
Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu. 

salam ukhwah dari kami~!

salah dan silap dari yang sedang menekan-nekan ni.. ambil yang baik , ambil pengajaran yang buruk ya !!

KAhwIn...dah mudah sekarang ni...

Mencari Jodoh?

Assalamualakum wbt semua...
Masyallah, Alhamdulillah, semakin ramai insan-insan yang baik ingin menikmati cinta selepas akad, bukan sebelum akad.

Ada yang mempunyai pilihan hati sendiri. Kemudian, mengkhabarkan hasrat hati atau menyunting si dia dengan perantaraan insan-insan yang baik di sekelilingnya. Silakan.
Ada yang lebih hebat, berjumpa terus dengan ibubapa si dia. Silakan.
Anda semua memilih jalan yang terjaga. Tahniah!
Ada kemenangan yang layak dijadikan kenangan indah dalam cinta anda.
Kesucian itu akan mewarnai cinta anda di alam rumah tangga hingga ke syurga, amin. Nikmatilah:)

 Persoalannya, berapa ramai orang yang sanggup menjadi 'orang tengah'? Kasihan kepada sesiapa yang belum mempunyai pilihan... Semakin ramai insan yang sanggup menjadi orang tengah yang baik, insyallah semakin popularlah jalan mencari jodoh melalui orang tengah. Mudah-mudahan, insya-Allah, semakin ramailah orang yang akan selamat daripada jalan-jalan syubhah (meragukan).

Anda sudah setiap hari berdoa?
Anda sudah cuba-cuba merisik?
Anda tetap juga belum mempunyai calon?
Allah mengira setiap patah doa yang dipanjatkan. Allah menghitung setiap titis air mata yang dialirkan. Allah lah sebaik-baik Kekasih yang paling memahami. 
Alhamdulillah, ada satu berita gembira ni. :)

Berita gembira ini istimewa buat mereka yang sudah bersedia mahu berkahwin khususnya muslimah. Muslimah yang masih belajar tu, saya nasihatkan belajar dulu sampai habis bagi meraikan hasrat keluarga...

"Berita apa? Tak sabar dah ni..."

Ada seorang Imam di salah sebuah masjid universiti tempatan memberitahu saya, beliau didatangi oleh ramai pelajar lelaki dari dalam dan luar negara yang minta dicarikan jodoh untuk mereka. Malangnya, beliau tidak begitu mengenali akhawat yang sedang mencari jodoh.

Jadi, jika anda ingin berusaha dengan cara ini pula, maka bolehlah menghubungi saya melalui email:
fs_loveislam@yahoo.com.

Prosesnya mudah.
1. Istikharah dan musyawarah untuk TAARUF.
2. Jika yakin, saya dan suami akan mempertemukan anda atau memberi nombor contact Imam masjid tersebut.
3. Bawa pengiring dan berjumpa dengan imam itu. Bincangkan ciri-ciri pemuda yang anda impikan. Insya-Allah imam itu akan mencadangkan nama seseorang.
4.Perjumpaan seterusnya ialah Majlis Taaruf dengan si dia bertemankan Imam dan pengiring anda.
5. Istikharah dan musyawarah untuk KHITBAH (bertunang). Jika dimantapkan hati rasa ada keserasian, maka teruskan KHITBAH. Jika hati tidak berkenan, maka anda ada hak untuk berkata, "Tidak."
6.7.8....Proses seterusnya anda lebih arif.

Moga makluman ini sedikit sebanyak dapat membantu mencapai impian anda membina MASJID dengan jalan yang terpelihara. Semuanya dengan izin Allah SWT jua.




p/s..diambil dari blog kak fatimah syarha...sebarkanbahagia.blogspot.com





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...