Monday, December 17, 2012

istimewa buat 18 generation...

assalamualaikum...
sudah sekian lama blog khalifah 18 ini menyepi dan membisu
kini..
apabila tamat peperangan kami,
ingin kami menceriakan kembali blog kami yang dikasihi...




video ini memang popular sudah..
tapi saya masih nak hadiahkan kepada antunna lagu ini...
saksikan dan amatinya....:)


maaflah andai video ni tak memuaskan hati yang menonton..
ambillah yang bermanfaat...
sekian dulu...
doakan kita semua memperoleh kejayaan dalam SPM,DUNIA dan AKHIRAT...
ameen...

Thursday, June 7, 2012

tika itu..

assalammualaikum..

lama dah tak post kat sini.. apa khabar iman antum ?? insya Allah cuti ini memberi sedikit mahupun banyak hikmah yang Allah berikan buat hamba-Nya yang beriman,insya Allah ..anyway , saya di sini nak share sedikit sahaja.. bak kata azie-ops~ sharing is caring.. :)

anyway , sebelum cuti .. Matri selalu sediakan tamrin buat para pelajar.. ye lah , tak nak bagi pelajar Matri terleka yang teramat kan ~nak tahu tentatifnye?? maafla kalau tentatif ini tak menyeronokkan sebab awak semua akan membacanya mengikut sistem bacaan karangan ..

hari guru pg tu start dgn assembly...wktu assmbly tu ada persembahan sajak,balas pntun(guru n plajar)-ptra/ptri,psmbahn nasyid,sajak oleh cikgu n penyampaian hadiah...kemudian ada sukaneka..game dia x ingat..tp yg syoknya,cikgu2 pon joined jugak...pas2 lepas zohor a dalam sejarah Matri , da debat ibrah...mlm,tygn...esk tu(khamis)tamrin start dgn explorace...ada 6 checkpoint...-cri bnda trsnbunyi kt pdg huffaz,main bola jaring gna bola tenis kt turf hockey,mrgkak cm askar kt parking bus,silat kt pdg bwah yg bsar,mmasak kt pdg hockey lama,lengkapkn puzzle bisu kat datarn(bleh ckap subhanallah,alhamdulillah n allahuakbar ja) then last skali solah dhuha n tadabbur al-Quran kat pdg ikhlas...lps zohor,amal jama'ie klas..ptg,amal jama'ie dorm,mln tu ada kenangn dn harapn alumni bsama k.nik nadiah n m.ck hayati musa...jumaat,amal jama'ie asrama n lastly,kalimah akhirah yg bset sgt2....

ha, yang kat atas tu secara roughly la.. just nak kembangkan beberapa point je..

tahun ini merupakan tahun pertama kita buat hari guru pada waktu pagi .. wah , Pagi Kemuncak Hari Guru... statement yang baru didengar sepanjang hidup kat Matri .. yang menariknya ada set pantun bersama pelajar putera dan guru lelaki, pelajar perempuan dengan guru perempuan ;

guru lelaki : cikgu Omar yaakob

                  cikgu Azizan Talib
                 
                 
guru perempuan : cikgu Zaiton
                          
                            cikgu Syarifah


seronok!! kalau ada camera video time tu.. memang akan dirakam sampai habis...
cikgu Azmi Bahari pun ada jugak menyampaikan sajak buat pelajar Matri, selaku wakil daripada guru..
Di Jendela Ini

Di jendela ini

ku menyaksikan keruntuhan bangsa
menangisi hilangnya peribadi ummat
... Dan luntur luluhnya IMAN
Di ulit kemewahan, diragut kepapaan

Di jendela ini
Kuratapi kematian jiwa
Hancur runtuh rumahtangga
Terbiar terkapar anak-anak bangsa
mengais secebis identiti
menyudu kehormatan dan harga diri
Dicelah runtuhan sebuah kehidupan.

Tiada lagi kebahagiaan
pudar sudah lirikan senyuman
Bila diri lupa jalan pulang
pada Pemilik jiwa dan kehidupan

Tiada lagi kelapangan hati
pada mahligai tersergam berdiri
Apabila insan lupa diri
Hidup sekadar nafsu nafsi

Tiada lagi kelazatan jiwa
pada sajian hebat di meja kehidupan
bila hati tak mengenal Pencipta
Pemilik diri dan semesta alam

Maafkan guru mu
anak-anak tercinta
Lama ku berdiri di jendela
lupa dirimu semakin dewasa
nasihatku melimpah dalam bicara
tapi tiada hikmah dalam kata-kata

Maafkan guru mu
anak-anak tercinta
terleka jiwa ku dijendela
terlupa dirimu manusia biasa
tidak suka dikongkong jasad dan jiwa

Hanya satu harapan dicita
Dirimu terpelihara diluar sana
Indah pekertimu menyeri dunia
Membimbing manusia pada Pencipta


pelajar ?? ada nasyid, sajak dan beberapa lagi yang saya sendiri pun tak ingat .. tapi sangat seronok.. kenangan yang tak mampu kita lupakan seumur hidup..

penyampaian hadiah pun sangat best .. macam nak bagi hadiah kat orang kahwin tu, tapi bahagian putera no comment la.. bak kata MC hari tu , pelajar puteri sistematik lagi .. :) boleh nangis time tu.. to all f5, bila lagi kita nak bagi hadiah kat cikgu macam tu?? romantik tau ..


kemudian ada sukaneka.. mintak maaf lah x ingat sangat la apa yang jadi tapi , gempaknya cikgu pun join sekali.. pergh.. hebat la cikgu MATRI~!


haa, about debat ibrah .. mengikut platun kan?? ingat lagi tak?? sangat hebat sahabat-sahabat and adik-adik kita menangkis kata-kata lawan mereka.. bermadah bicara seperti kilat la, anai-anai la, tin kosong .. macam-macam...dan tak sangka pemikiran pelajar Matri dibuka dengan debat .. debat sangat merangsang minda kalau nak tahu la...

tajuk ??  ADAKAH MATRI SUDAH MENCAPAI OBJEKTIF PENUBUHANNYA??

Explorace??? xnampak macam explorace.. tapi aktiviti memang power lah!!

1. cari barang tersembunyi .. dah la kecik-kecik bertanda.. mak aih , susah .. tapi Alhamdulillah ada jugak yang berjaya mencari kesemuanya.

2.main bola jaring guna bola tenis kat turf hockey,merangkak macam askar kat parking bus.. boleh percaya yang kita dah buat 1/7 daripada aktiviti askar?? dengan airnya yang menyegarkan selepas bermain ..

3.lengkapkan puzzle bisu.. bayangkan cuma cakap subhanallah/alhamdulillah/allahuakbar .. kalau nak mintak puzzle kita kat orang lain??

a: allahuakbar,allahuakbar allahuakbar allahuakbar,?
(eh , B ade x kitorang punye??)
b: Subhanallah Subhanallah Subhanallah
(tak ade la pulak)

hebatkan?? dan selesai jugak.. well bisu tak bermakna tak boleh berjaya kan kan?

4. then slot Rohani ... solat dhuha dan tadabbur Quran .. agak-agak kalau pelajar Matri masuk ustazah pilihan , memang semualah lulus..kita tak perasan kadang-kadang bila ada slot ini dapat meningkatkan rohani kita secara terang-terangan .. tertingkatlah iman kan??

5.amal-jamaie,kemas kelas dan dorm la... bagi kemas :)
kebersihan sebahagian daripada iman kan?

6.Kenangan dan Harapan bersama alumni ..
bestlah time tu..segala-galanya terbongkar.. kisah dahulu ..supaya setiap kesilapan tidak dibuat lagi dan penambah baikkan akan berlaku , insya Allah..
siapa yang hadir??
k.nik nadiah n m.cik hayati musa...
k.Fatimah Adi , Cikgu Norizan kita..
seronok dapat jumpa alumni awal batch, pertengahan batch dan akhir batch ..banyak input pulak tu .. semoga dapat kita amalkan ~

7. Kalimah akhirah yang lain daripada yang lain..

Matri semakin maju dengan infrastruktur, perjalanan program dan sebagainya.. lantas, kita sebagai pelajar .. apa yang kita dapat sumbangkan balik kepada warga Matri dan Matri sendiri??



lots of love from me~


Tuesday, May 1, 2012

Aku Inginkan

Kerana Apa???

Assalamualaikum....
Lama tidak ada coretan di ruang ini.Seribu kemaafan dipohon kerana ini mungkin kelemahan dari pihak admin.InsyaAllah,akan cuba dipertingkat.

Hari ini,atau lebih tepat lagi minggu ini,warga 18 dan 19 Matri sangat la sibuk..mana taknya,mid-year exam is around the corner.just next week.haha.so,be ready ya!!!

Sedarkah kita,dalam kesungguhan kita study,baca buku,sana sini dengan buku.malahan hatta waktu ada penyampaian/tazkirah juga kita sibuk dengan buku2 kita.

Haruslah diingat di sini bahawa,kejayaan kita bukan bergantung kepada usaha kita,sebaliknya pada Pengasihnya Dia.Kita disuruh berusaha,jadi seharusnya kita berusaha bersungguh2,atau erti kata lain IKHTIAR.Ikhtiar itu hak kita,tetapi,NATIJAHnya adalah milik Allah Azza Wajalla.

Jadi,dalam kesibukan kita mengulang kaji pelajaran,haruslah diingat apa tujuan asal kita menuntut ilmu.Adakah untuk sekeping sijil yang tidak ada maknanya pada Dia?atau untuk memartabatkan agamaNya dengan menunjukkan bahawa orang2 berIman itu ialah orang yang berILMU.tidak mudah ditipu.
                                     
Apa yang ingin saya katakan di sini,berdasarkan pemerhatian saya,rata2 pelajar yang membawa buku akademik(membaca) sewaktu mendengar tazkirah,keputusannya tidaklah memberangsangkan juga.sebaliknya ada yang jauh lebih tidak memuskan.manakala pelajar2 yang fokus ketika mendengar peringatan itu,selalunya lebih cemerlang prestasi akademik juga syakhsiahnya..

Akhir sekali,di sini,ingin saya seru kepada semua pelajar,tidak kira di Matri,sekolah2 lain,ipt dan sebagainya yang bergelar penuntut,jelaskan niat kita kerana apa kita menuntut ilmu?kerana innamal a'malu binniat,wa inna likumriim ma nawa.jika ia memberi kebaikan untuk diri kita shaja dan tidak untuk Islam,ubahlah..

"people can change if they been given chance to change"
"they deserve to change if we give them chance to chose their choice"

Tuesday, March 13, 2012

Zulhapid :Maidany_Nasheed_Bukan_Sang_Hakim_[HQ].mp4



kenangn kita bersama....bukalah mata hati,bukn mata benci!!!!
jika anda mbenci dia,maafkanlah!
ssungguhnya dia layak utk mdapt maaf dari kita...
bukankh maaf itu lbih baik!!!!


melihat wajahnya,
mendengar suaranya,
TERsebut namanya.........................














BENCI     x2

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...